“Kau baru nak suap makan ni..” Fizo Omar Mohon Netizen Jaga Adab Bila Bergambar Dengan Selebriti

Pelakon terkenal Fizo Omar telah memuat naik satu perkongsian di Instagram pada 9 November 2020, yang memaparkan screenshot dari tweet miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Fizo menegur segelintir netizen yang ingin bergambar dengan selebriti pada waktu yang menurutnya kurang sesuai.

Fizo memberi contoh situasi ketika seseorang itu sedang makan dan dipanggil untuk bergambar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Menurutnya, sudah menjadi lumrah bagi seorang selebriti untuk melayan semua peminat yang sentiasa memberi sokongan.

Namun, setiap orang perlu ada ‘common sense’ terutama bagaimana situasi semasa mahu bergambar bersama selebriti.

“Dah jadi public figure, thats the price we have to pay la kan. Syukur alhamdulillah masih ade peminat dan orang support kita.

“Tapi common sense la, kalau tgh makan or tgh in the middle of something yg serious, ade yg siap bg insruction lagi, “awk pg ke meja sane jap, kitaorang nak bergambar” , kau bru nak suap makan ni (lagi2 tgh lapar xsempat nak makan)… hmmmm… mcm mne kau nak react ni???

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

“Sya sebenarnya xkisah pun, malah happy jer bila kua in public dan orang nak bergambar, as a celebrity kita rasa mcm dihargai bila ade peminat nak bergambar ataupun autograph, tapi kene tgk la keadaan dan situasi.

“Kalau bukan selebriti pun akan spoil juga kan bila dia tgh makan n disuruh kesana sini utk nak bergambar.

“Cuma sya faham di tempat peminat, bukan lah dia kurang beradab ke ape, kadang tu terlebih excited bila jmpe some one yg dia minat or admire.

“Bkn marah share ni,cuma saling mengingatkan jer. Biarlah adab kita menggambarkan berapa tinggi nya nilai bangsa melayu kita.”

Rata-rata para pengikutnya bersetuju dengan kenyataan Fizo. Malah ada yang memuji cara layanan Fizo terhadap peminatnya yang pernah bertemunya sebelum ini.

Seorang pengguna Instagram @sitimaheranisa38 meninggalkan komen berikut:

“You are such a good person. Remember my late mother to approach you while you want taking the food at istana hotel for breaking fast. You have spend 10 or 15 minit with my late mother. My late mother very excited because my mom is kelantanese”