Rumah Panas Tiada Air Cond, Ini 9 Cara DIY Untuk Sejukkan Rumah Anda

Cuaca yang panas dan tidak menentu di negara kita menyebabkan rumah menjadi bahang. Tambahan pula, jika anda tinggal di kawasan bandar yang sesak dan padat. Walaupun kini telah banyak kediaman mempunyai pendingin hawa tetapi ia memakan belanja yang agak besar setiap bulan. Selain alat penghawa dingin yang agak mahal tapi bil elektrik juga akan meningkat [...]

Cuaca yang panas dan tidak menentu di negara kita menyebabkan rumah menjadi bahang. Tambahan pula, jika anda tinggal di kawasan bandar yang sesak dan padat.

Walaupun kini telah banyak kediaman mempunyai pendingin hawa tetapi ia memakan belanja yang agak besar setiap bulan.

Selain alat penghawa dingin yang agak mahal tapi bil elektrik juga akan meningkat apabila anda kerap menggunakannya.

Keran itulah ramai yang sanggup bertahan saja walaupun keadaan rumah bahang. Kadang kala panasnya sampai ke malam hari hingga tidur pun sukar kerana hangat dan berpeluh.

Untuk mengatasi masalah panas dan bahang di kediaman yang tiada pendingin hawa anda boleh melakukan perkara berikut untuk mengurangkan rasa panas dalam rumah.

1. Letak ais ketul dalam bilik

Buat ais dalam pastik atau bekas, letakkan ia didalam besen. Letak di tengah bilik betul-betul bawah kipas. Jika menggunakan kipas berdiri, letak besen berisi ais ini depan kipas.

Angin yang terkena ais akan lebih sejuk sekali gus mengurangkan kepanasan dalam bilik. Cubalah, ais ketul anda boleh buat kan di rumah.

2. Letak besen berisi air dalam bilik

Mesti kita sering tertanya mengapa bilik air sejuk, inilah sebabnya. Dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air.

Jadi kita buat perkara yang sama di dalam bilik atau ruang rumah yang lain tapi jangan pula siram air di lantai rumah. Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air.

Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi.

Untuk mendapat kesan terbaik, anda gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.

3. Halakan kipas ke arah tingkap

Apabila cuaca panas, ketika waktu malam bilik akan rasa lebih berkuap, panas atau bahang.

Selain itu, angin kipas dalam bilik pun rasa panas kerana sebab udara panas hanya berlegar dalam bilik dan tak keluar.

Walaupun anda pasang kipas laju pun keadaannya sama saja, malah anda akan makin berasa bahang.

Antara langkah untuk kurangkan udara panas dalam bilik ini anda juga boleh menggunakan kipas berdiri.

Disamping itu, anda boleh pasang kipas dan halakan ke arah luar tingkap seketika. Tujuannya supaya udara panas dapat ditolak keluar.

4. Guna lampu dari jenis kurang memancarkan haba


Anda juga disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba.

Disamping itu,  ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik. Selain itu anda boleh padamkan juga lampu pada ruang yang tidak digunakan.

5. Letakkan pokok ekor kucing dalam rumah

Pokok ini memberi kesan segar dalam rumah dan ia antara beberapa jenis tanaman yang membantu menyejukkan ruang.

Selain pokok ekor kucing antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Oksigen dari pokok membantu menyejukkan rumah juga.

6. Beli pelembap udara

Beli pelembap udara atau ‘humidifier’. Ia tidaklah semahal ‘air-cond’ dan boleh digunakan untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya.

Ia membantu melembapkan udara dan juga mewangikan ruang selain memberikan kesan nyawa dan segar.

TIP EKSTRA7. Tukar cadar

Tips lain untuk mengelakkan anda tidur dalam kegelisahan kerana kepanasan, tukarkan cadar atau alas tilam anda kepada fabrik yang lebih sejuk seperti cotton.

8. Tutup langsir

Jika cuaca panas, sebolehnya tutup tingkap rumah dengan langsir untuk mengurangkan cahaya berlebihan masuk dan menambahkan suasana kepanasan di dalam rumah.

9. Tidur bahagian bawah

Haba panas akan naik ke atas, oleh itu bila terasa bahang waktu malam angkat tilam atau ‘toto’ dan letakkan di bahagian lantai kerana udara bahagian bawah lebih sejuk. Suasana di tingkat bawah rumah juga selalunya kurang panas berbanding tingkat atas.