[FOTO] Bajet Cuma Rm5 Sahaja, Anda Boleh DIY Repair Kipas Syiling Slow Jadi Laju!

Ramai diantara kita memiliki pelbagai jenis kipas syiling dirumah. Bermula dari kipas syiling yang berharga ratusan ringgit hinggalah yang mencecah ribuan ringggit.

Walaupun dipasaran masih menjual kipas yang berharga ratusan ringgit, namun jika kipas anda tidak berfungsi dengan baik ramai yang beranggapan kipas perlu diselenggara dengan kos yang tinggi dan lebih untung untuk mereka membeli kipas yang baharu.

Ini yang anda tidak tahu kerana seorang pengguna laman sosial Facebook berkongsi cara DIY membaiki kipas dengan harga serendah RM5.00 sahaja menerusi Kelab Kaki DIY

Selain itu, setiap langkah disediakan dan anda boleh mencuba sendiri dirumah tanpa perlu memanggil orang untuk membaiki kipas syiling rumah anda.

Langkah-langkah yang disediakan adalah untuk sesiapa yang mahu membaiki kipas yang perlahan kembali laju seperti anda baru sahaja membeli kipas baru.

Mari kita lihat langkah-langkah membaiki kipas supaya kembali laju.

  1. Langkah pertama, anda perlu buka bahagian bawah kipas mengikut arah lawan jam. Ini kerana board dan kapasitor berada di bahagian bawah kipas.

2. Apabila anda membuka bahagian bawah kipas, ia akan terburai seperti dibawah. Terdapat klip dan anda perlu tekan klip tersebuat supaya boleh membawa turun bahagian bawah kipas tersebut.

3. Anda perlu cari dimanakah kapasitor kipas. Kapasitor kipas ini telah terbakar. Terdapat dua jenis wayar berwarna kelabu dan merah.

4. Cabut kapasitor dan gantikan dengan yang baru. Semasa anda membeli kapasitor anda boleh memilih jenis 2.5 atau 2.0. Jika anda mahu kipas anda lebih laju boleh beli jenis 2.5.

5. Anda boleh lihat gambar, ini adalah kapasitor yang lama. Anda boleh beli jenis yang sama atau berlainan jenis. Sambung kembali bayar kapasitor yang baru.


6. Pasang kapasitor yang baru. Boleh gunakan wayar kapasitor yang lama jika anda tidak mempunyai wayar baru.

7. Kemudian, balut dengan soletep hitam dan pasang semula bahagian tadi.

8. Selepas itu, anda boleh tutup kembali bekas kipas tadi dan pasang skru tadi seperti mana anda membuka bahagian bawah kipas.

9. Kipas sudah siap dan anda boleh menggantungkannya kembali di tempat asal.

Bolehlah anda cuba bandingkan kelajuan kipas sebelum dan selepas anda menggantikan kapasitor sebentar tadi.

Dengan modal yang kecil hanya berbekalkan RM5.00 anda boleh merasakan kipas anda seperti kipas baru. Selamat mencuba!

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)