Roti Canai ‘Salah Landing’ Sangkut Di Kepala, Reaksi Spontan Budak Ini Buat Netizen Berdekah!

Sebut sahaja tentang Roti Canai favourite rakyat Malaysia ni, pasti ramai yang terbayang akan kelembutan roti tersebut apatah lagi bila makan panas-panas dan ianya juga antara menu yang sesuai dimakan tak kira masa sama ada pagi, tengahari, petang atau malam.

Sudah menjadi trend, kini penebar roti canai dapat mencuri perhatian pelanggan dengan aksi ligat menunjukkan skill membuatkan ramai yang seronok melihat mereka. Pun begitu, se’profesional’ mana pun penebar roti canai tersebut, andai kata tersalah langkah, mahu melayang roti canai itu ke merata tempat.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang penebar roti canai tersalah step sehinggakan roti yang dilambungnya ‘landing’ pada tempat yang tidak sepatutnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @raihanharum, kelihatan sebuah keluarga bersama seorang budak lelaki sedang duduk di sebuah meja kedai makan roti canai.

Dapat kita lihat, budak lelaki tersebut sedang fokus melihat aksi dua orang pekerja membuat roti canai terbang, Namun, salah seorang daripada mereka terlepas untuk menangkap roti canai tersebut dan melayang di kepala budak lelaki berkenaan.

Apa yang lebih menghiburkan adalah reaksi mukanya yang ketat seolah-olah sedang menahan marah sambil bersilang tangan itu membuatkan ahli keluarganya tergelak.

Susulan hal itu, pekerja tersebut dilihat cepat-cepat mengalihkan roti canai itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@raihanharum

Ya Allah adik aku 😂🤣..cer teka kat mana ni

♬ original sound – rai

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 14.5M tontonan, 2.2M tanda suka, 36.9K komen dan 50K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan ketawa melihat reaksi spontan budak lelaki tersebut yang menjeling penebar roti canai itu.

“Auto dapat sponsor roti canai, hahaha nak marah tapi kena sabar” – Warganet

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang berseloroh mengatakan tak pasal-pasal dia berhijab sementara dek kerana roti canai yang menutup seluruh kepalanya.

Berikut merupakan komen warga maya: