Pengorbanan Jaga Ibu Sakit, Kakak Sebak Adik Bongsu Hadiahkan Pakej Umrah

Ibadah Haji adalah Rukun Islam yang kelima yang menjadi impian setiap insan yang beragama Islam malah ianya menjadi penyempurna ibadah.

Kalau tak mampu menunaikan haji, sekurang-kurangnya dapat sekali melaksanakan ibadah umrah sudah memadai.

Persis dengan kisah kali ini dimana seorang wanita cekal mendapat ‘reward’ yang tidak disangka-sangka mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @zaitonmohamad448, kelihatan sebuah family sedang berkumpul sewaktu majlis doa selamat untuk mengetahui nama-nama bertuah yang dapat berkunjung ke rumah Allah.

Dapat kita lihat, satu persatu nama didedahkan dan apa yang membuatkan satu keluarga bersorak adalah apabila pemegang nama Azizah Binti Mohamed yang juga kakak sulung mereka juga terpilih untuk mendapat hadiah tak disangka-sangka itu.

Difahamkan, adik bongsu Azizah menaja pakej umrah untuk kakak nya kerana menghargai jasa Azizah yang berhempas pulas menjaga ibunya yang sedang sakit.

Apa yang lebih menarik adalah, perkara tersebut langsung tidak diketahui oleh ahli keluarganya termasuklah ibu mereka sehinggalah nama terakhir tersebut didedahkan dan secara tidak langsung ianya mengundang sebak ramai.

Dapat juga kita lihat Azizah yang tidak dapat menahan air matanya memeluk ibunya dengan erat malah tidak menyangka namanya tersenarai untuk menunaikan ibadah umrah

Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:

@zaitonmohamad448 #keluargabahagia #kejayaanislam #kakipancing ♬ original sound – ZaitonMohamed

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 71.9K tontonan, 6714 tanda suka, 335 komen dan 157 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat keakraban adik bongsu dan kakaknya malah warga netizen juga menganggap ianya rezeki kerana menjaga dan membahagiakan ibu yang sedang sakit.

Dalam masa yang sama, para netizen turut mendoakan agar segala urusan jemaah dipermudahkan serta berharap agar satu hari nanti berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.

Antara komen warga maya: