“Rosak Terukk” Langsung Tak Takut Air, Telatah Si Bulus Buka Paip Sendiri Curi Tumpuan Ramai

Terdapat banyak sebab mengapa kucing menjadi salah satu favourite rakyat Malaysia untuk dijadikan haiwan peliharaan dan salah satu daripadanya adalah kucing merupakan haiwan yang sangat manja dan comel.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, seperti yang kita tahu kebanyakkan daripada kucing sangat tidak suka pada air bahkan akan bertukar aggresif seperti meronta dan berlari ketika dimandikan sehingga terkadang boleh mencakar tuannya sendiri.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini pening kepala melihat gelagat dua ekor kucing peliharaannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @dzil_a_majid, lelaki tersebut sempat merakam telatah kucingnya yang gemar bermain air.

Lebih membuatkan ramai terhibur adalah salah seekor daripada kucing itu pandai membuka semula paip air dek kerana tuannya tutup paip tersebut.

Walaupun tuannya sudah tutup berkali-kali, kucingnya itu masih membuka semula dan sambung bermain dengan air.

Kedengaran juga suara tuannya yang membebel kerana bil air yang melambung-lambung dan akhirnya dia tahu siapa punca kepada perkara tersebut.


“Tengok la perangai budak-budak ni.. patutla selama ni bil air melambung-lambung.. hairan lah aku masuk bilik air.. aku dah tutup dahh..”

“Pastu pakat dok tuduh anak lah, laki lah, tuduh bini lah, kata diorang tak tutup padahal rupa-rupanya ada budak bulu nii..” ujarnya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah kucingnya yang bijak buka paip dengan sendiri walaupun sudah ditutup berkali-kali.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan mungkin kucing tersebut ‘rosak’ kerana langsung tidak takut pada air.

Antara komen warga maya:

“Pernah alami.. last2 tukar kepala paip.. baru depa tak boleh main… kalau tak bil melambung..”

“Pandainyaa depa..”


“Ni melawan hukum kucing ni..”

“Cerdik lah kucing zaman sekarang”

“Jangan la tukar kepala paip tuu, sian dia nak main nanti tak boleh”

“Wahh cerdik nih bang.. siap pandai buka.. abang bawa depa pi sekolah mana ni”


Video yang tular di laman TikTok:

@dzil_a_majid♬ Kucingku – Cikita Mink Mink