NGO Dedah Sikap Gelandangan Tak Bersyukur, Selamba Komplain Makanan Tak Sedap & Maki Sukarelawan.

Berkongsi rezeki adalah amalan yang mulia bahkan ramai daripada kita pada hari ini gemar untum bersedekah terutamanya kepada gelandangan.
Iospital phone repair gombak
Walaupun kerja amal itu dianggap mudah oleh sesetengah pihak namun siapa sangka ada juga gelandangan yang bersikap sangat biadab.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana Pengurus Besar Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah, Mohd. Khairul Azman Md. Daud mendedahkan sikap segelintir gelandangan yang mengeluarkan kata-kata kesat serta merungut tentang makanan yang diberi.

Menurut laporan Kosmo, difahamkan kejadian berlaku beberapa tahun yang lalu sekitar kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

“Kami membuka Warung Makan Sahabat di Chow Kit, Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu iaitu ketika pandemik Covid-19. Pada peringkat awal, memang ada segelintir yang suka marah-marah dan buat bising…”

“…Mereka marah-marah dan suka memekik kerana mungkin kepala tengah pusing (penagih). Kita faham di Chow Kit ini, gelandangan datangnya dari pelbagai latar belakang dan ada yang melacur, mualaf, penagih dadah.”


Menurut Haliza Abdul Halim yang juga Wakil We Care Dapur Asnaf, ada juga diantara gelandangan yang selamba meluahkan rasa tidak puas hati dek kerana makanan yang diberikan tidak sedap.

Dia juga sempat menasihati orang ramai agar saling menghormati terutamanya terhadap gelandangan kerana mereka sememangnya mempunyai pelbagai sikap dan terkadang langsung tidak dijangka.

“Apabila mereka kata tidak sedap, kita pastikan orang yang memasak itu ada kualiti atau kita hentikan tempahan. Kami hanya akan beri makanan yang sesuai dan sedap kerana status mereka sebagai asnaf…”

“Kalau kita hormat, mereka juga akan hormat kita. Tidak perlu ambil peduli sangat dengan sikap-sikap tersebut kerana semua orang tidak sempurna.”

Pokok pangkalnya, haruslah kita menghormati antara satu sama lain terutamanya dengan individu gelandangan dan tidak pergi menghulurkan bantuan bersendirinya sebaliknya perlulah berkumpulan agar tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.