“Terbalik mata” Gelagat Budak Lelaki Terlebih Feel Duduk Di Atas Kerusi Urut Undang Dekah Ramai!

Jika pergi ke pusat membeli belah tertentu, pasti kita akan melihat kerusi urut Gintell Rest N Go yang diletakkan di beberapa sudut yang mana orang awam boleh menggunakannya dengan memasukkan wang kertas mengikut minit yang ditetapkan.
Iospital phone repair gombak
Sedikit sebanyak, boleh lah membantu para ibu atau bapa yang lenguh badan dan kaki ketika shopping. Memang segar terus badan lepas kena urut.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang budak lelaki yang duduk di kerusi urut telah mengundang dekah ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ahmdaizuddin, kelihatan seorang budak lelaki duduk di atas kerusi Rest n Go dalam pusat beli-belah.


Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah dia kelihatan sangat asyik diurut sehinggakan kedua-dua bola matanya naik ke atas bahkan dia langsung tidak menghiraukan orang yang lalu lalang di sekitar itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui kerusi tersebut sangat membantu bukan sahaja untuk mereka yang lenguh pusing di dalam mall, malah untuk para bapa yang menunggu ibu-ibu shopping.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan budak lelaki tersebut seakan berada di alam lain sehingga tidak sedar sebenarnya dia masih berada di dalam mall.

Antara komen warga maya:

“Terbalik mata.. dah ke alam lain dah tu..”

“Jauh mat dia pergi.. agak2 dah balik belum ekkk”


“Healing macam pergi dunia lain.. tak sedar dah tu mat..”

“Hilang mata hitam.. dik orang ke tak tu.. ghisauu..”

“Hahaha mengantuk lah tu nanti nak balik jalan terhuyung hayang”

“Lain macam kau punya healing dikk..”

“Aduh dik.. terpaling penat..”

“Roh hamir terkeluar dari jasad tu..”


Video yang tular di laman TikTok:

@ahmdaizuddin adik ni terlebih healing hmm#hamadiketu #fyp #xyzbca ♬ bunyi asal – nasib JE tu