Rider Kena ‘Sidai’ Masa Hujan Lebat & Ribut Petir, Sikap Pentingkan Diri Pelanggan Buat Netizen Berang

Menjadi seorang penghantar makanan bukan lah satu perkara yang mudah, bukan sahaja terdedah dengan pelbagai risiko berbahaya di atas jalan raya, malah ada juga yang terpaksa melayan segala karenah pelanggan. Ada yang ‘prank order’, ada juga yang jenis ‘sidai’ rider.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelanggan yang memesan makanan secara online membiarkan rider basah kuyup ketika hujan dalam tempoh yang agak lama di luar rumah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @naddyross, kelihatan seorang rider yang lengkap memakai baju hujan berdiri mundar mandir di luar pagar sebuah kediaman berpagar ketika hujan lebat yang turut disertai ribut petir.

Video tersebut sempat dirakam oleh jiran yang tinggal berhadapan rumahnya malah dia juga sempat menyaksikan rider tersebut menunggu jirannya sekitar lima minit dalam hujan lebat.


“Aku tak sampai hati tengok dia hon hon sambil sorokkan fon dia nak call customer dalam hujan.”

“Aku buka gate, aku keluar dengan payung… aku suruh dia berteduh dulu bawah bumbung rumah aku.”

“Sampai ke sudah customer tak buka. In the end, aku agak hq (ibu pejabat) cancel kot order tu. Dia cakap terima kasih dekat aku… terus gerak balik dalam hujan lebat tu,” kongsinya.

“Guys, tolonglah kalau order makanan time hujan tu ada common sense la sikit untuk alert korang punya makanan tu dah out for delivery ke apa.

“Saya post video ni bukan niat untuk burukkan jiran saya. Cuma saya nak bagi kesedaran kepada semua untuk sentiasa alert dengan status order lagi-lagi cuaca macam ni.

“Semoga abang tu murah rezeki,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati dengan nasib rider malah dalam masa yang sama geram dengan sikap jiran kepada wanita ini yang disifatkan mementingkan diri sendiri.

“Tak faham manusia jenis macam ni. Rasanya dekat apps tu boleh trace dah sampai mana motor rider tu. Patutnya boleh standby dekat luar tunggu.”- Netizen

Video yang tular:

@naddyrossguys tolong la kalau order makanan time hujan tu ade common sense la sikit utk alert korang punya makanan tu dah out for delivery ke ape . semoga abang tu murah rezeki .♬ original sound – 1%