“Mental kena kuat” Kerja ‘Shift’ Malam, Pekerja 7-Eleven Seram ‘Sensor’ Pintu Berbunyi Tapi Tiada Orang

Bila bekerja ‘shift’ malam ni, bukan sahaja kene tahan mata untuk berjaga demi kerja malah kene tahan ‘mental’ berhadapan dengan gangguan mistik.

Pelbagai kisah seram yang dapat kita lihat sebelum ini apabila bekerja di waktu malam. Semangnya ianya situasi yang sukar namun terpaksa kentalkan hati.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini seorang pekerja 7-Eleven berkongsi pengalaman seramnya sewaktu bekerja pada waktu malam mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @fxzysf, dirinya yang sedang bekerja mula rasa gelisah apabila sensor pintu 7-Eleven mula berbunyi tanpa sebab kerana sensor itu sepatutya berbunyi apabila ada orang melangkah masuk ke dalam kedai tetapi lain pula yang berlaku.

Manakan tidak, sudah lah tiada orang, tapi sensor ‘rancak’ berbunyi seolah-olah ada yang keluar masuk daripada kedai berkenaan.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berfikiran positif dengan mengatakan bahawa mungkin sensor pintu itu rosak.

Bukan itu sahaja, ada juga beberapa orang netizen yang bekerja di kedai serbaneka 24 jam juga mendakwa pernah berdepan situasi yang sama serta banyak lagi situasi tidak terjangka pernah terjadi pada waktu malam malah sudah lali dan menganggap kejadian seperti itu normal.

Antara komen warga maya:

“siapa suruh shift malam hadnsome sangat, hantu pun crush dekat awak”

“lain kali jangan letak pintu dekat situ…”


“dia pun nak beli makan jugak…”

“jangan kata sensor tu bunyi, scanner barang dekat cashier tu pon kadang bunyi sendiri, bagi tau aku macammana nak husnuzon lagi hantu pon tahu nak bayar”

“itu normal kalau shift malam”

“mental kene kuat ah kalau kerja malam”

“aku pun kerja malam, tengah2 kerja sekali ada yang tegur buat apa tu.. walhal aku sorang je”

Video yang tular di laman TikTok:

@fxzysfhusnizone je la mungkin habuk terkena sensor 👍🏻♬ original sound – ay cabron