Connect with us

Viral

Rider Jatuh Gara-Gara Pemandu Selamba Buka Pintu Kereta, Netizen Luah Rasa Geram


Kemalangan sememangnya boleh berlaku pada bila-bila masa oleh sebab itu kita perlu ‘extra’ alert bila berada di atas jalan raya.

Terkadang, kita dah cukup berhati-hati di jalan raya namun ada segelintir individu yang bersikap mementingkan diri sendiri dan cuai menyebabkan kita turut terlibat dalam kemalangan.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang rider jatuh motorsikal dek kerana kecuaian pengguna jalan raya yang lain mencuri perhatian ramai.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup CCTV) yang dimuat naik di Facebook, dapat kita lihat seorang pemandu Perodua Axia memberhentikan kenderaannya di bahu jalan.

Namun apa yang membuatkan ramai berang adalah tindakan pemandu tersebut yang selamba membuka pintu kereta tanpa memeriksa keadaan sekeliling sehingga menyebabkan kemalangan pada orang lain.



Dapat kita lihat, orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu membantu rider yang jatuh daripada motor kerana berlanggar dengan pintu kereta berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan pemandu Perodua Axia itu kerana tidak peka dengan keadaan sekeliling sehingga menyebabkan kemalangan.


Bukan itu sahaja, netizen juga memuji kualiti video yang terang dan jelas menampakkan tentang kemalangan tersebut walaupun ianya hanyalah CCTV.


Antara komen warga maya:

“kereta memang salah, tempat letak kereta pun salah, buka pintu tak nampak cermin sisi ke? tinted pun salah 80% depan”

“parking tepi jalan, terus bukak pintu tak toleh kiti kanan.. kita pulak nak kena mengelak”


“dah buat salah terus taknak keluar kete, nak lari la tu”

“power CCTV dia.. clear habis.. orang Malaysia mesti kenal CCTV ni kat mana”

“Tak ada common sense. Nak buka pintu tengok belakang dam sebelah dulu”

“Pastu buat tak tahu je duduk dalam kereta, bukan nak keluar tolong”

Video yang tular di laman Facebook:

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)