[REVIEW] Rocketman (2019): Biopik Elton John

Jika dalam filem Kingsman: The Golden Circle (2017), Eggsy lakonan Taron Egerton menyelamatkan Elton John dari penjahat tapi dalam filem ini Taron Egerton kembali lagi tapi sebagai Elton John sendiri.

Rocketman adalah sebuah filem biografi Elton John dan tajuk filem diambil nama sempena salah satu single hit Elton John sendiri.

Perjalanan hidup Reginald

Filem ini mengisahkan perjalanan hidup Elton John (Taron Egerton) atau nama sebenarnya Reginald Dwight.

Ketika kecil, Reginald tinggal Bersama ibu dan ayahnya, Sheila (Bryce Dallas Howard) dan Stanley Dwight (Steven Mackintosh) serta neneknya, Ivy (Gemma Jones).

Ia bukanlah suatu kehidupan yang indah, Elton tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi dari ibubapanya.

Namun, minatnya yang mendalam dan bakatnya dalam bidang muzik mendapat sokongan neneknya dan dihantar untuk berlatih di Royal Academy of Music.

Reginald yang semakin dewasa menunjukkan minat dalam muzik rock and roll dan mula membuat persembahan di kelab malam. Disitu, bakatnya mula dikesan.

Reginald kini bernaung dibawah syarikat rakaman DJM Record dan menukar namanya kepada Elton John.

Elton John dan Bernie Taupin (sumber Paramount)

Beliau kemudiannya diperkenalkan dengan seorang penulis lagu, Bernie Taupin (Jamie Bell) dan bermulalah persahabatan mereka (mereka masih bersahabat hingga kini).

Lagu – lagu mereka berjaya menyakinkan pengurus mereka dan satu persembahan dirancang di sebuah kelab malam di Los Angelas iaitu Troubadour.

Walaupun gementar, Elton berjaya memukau semua penonton yang hadir dengan persembahannya. Persembahan di Troubadour ini kemudiannya menjadi titik tolak kejayaan Elton menjadi penghibur tersohor di dunia.

Persembahan di Troubadour (sumber GQ)

Lakonan Taron Egerton memang patut dipuji. Dalam filem ini, Taron Egerton IALAH Elton John.  Taron menjiwai watak Elton John dengan cukup baik. Emosi dan ekpresi muka yang ditunjukkan memang menjadi.

Antara dua Elton (sumber Paramount)

Nyanyian Taron Egerton 

Kami bukanlah peminat filem musikal mahupun peminat Elton John. Sebelum tengok filem ini pun, hanya pernah dengar beberapa lagu beliau sahaja.

Namun dalam filem ini, kesemua babak musikal disampaikan dengan begitu baik sekali. Koreografi dan visual ketika babak nyanyi dilakukan dengan jayanya.

Untuk pengetahuan anda, kesemua lagu dalam filem ini dinyanyikan oleh Taron Egerton sendiri dan beliau menyanyikan dengan baik sekali.

Tak sangka beliau ada kebolehan menyanyi. Kami enjoy dengan semua adegan musikal yang disajikan.

Jalan cerita familiar

Untuk penceritaan, isi filem ini sebenarnya agak familiar dan mungkin tidak boleh menyalahkan pengarah dalam hal ini kerana ia berdasarkan kisah benar.

Ini kerana kebanyakan selebriti Hollywood terutamanya mempunyai perjalanan hidup yang agak sama.

Mempunyai latar belakang hidup yang sukar, terlibat dengan dadah dan seks bebas dan masuk rehab.

Sama macam filem biopik artis sebelum ini seperti The Dirt (2019) yang berdasarkan kumpulan Mötley Crüe dan Bohemian Rhapsody (2018) yang berdasarkan kumpulan Queen.

Babak disunting

Kami tidak dapat pastikan namun rasanya beberapa babak telah dipotong untuk filem ini bagi tayangan di Malaysia.

Kita sedia maklum bahawa Elton John ialah seorang pengamal homoseksual dan memang ada beberapa babak yang menunjukkan gaya hidup sedemikian namun tidaklah terlampau menonjol seperti ada adegan semburit.

Tapi jangan risau, jika anda masih nak tengok video semburit. Boleh saja buka TV dan tonton di berita jam 8 untuk video seperti itu.

(sumber Paramount)

Berbaloi untuk menonton filem ini?

Secara keseluruhannya, Rocketman memang untuk peminat filem musikal dan peminat Elton John sendiri.

Lakonan Taron Egerton patut menerima pengiktirafan di mana watak beliau berjaya menghidupkan filem ini.

Namun, plot yang agak familiar mengurangkan keseronokan menonton bagi kami namun tidaklah sampai mengantuk.

 

Tarikh Tayangan di Malaysia: 25 Julai 2019

Durasi: 120 minit

Rating YOY: 6.5/10