[REVIEW] Jumanji The Next Level (2019), Sangat-sangat Kelakar!

 

Bersambung dari filem Jumanji: Welcome To The Jungle, Spencer (Alex Wolff), Martha (Morgan Turner), Fridge (Ser’Darius Blain) dan Bethany (Madison Iseman) meneruskan kehidupan masing-masing namun masih berhubung melalui Whatsapp. Mereka bercadang untuk sama-sama berjumpa sempena cuti Krismas. Kesemua mereka teruja untuk bertemu kecuali Spencer yang mengalami krisis dalaman. Dia merasakan dirinya di dunia realiti tidak sehebat di dalam permainan video Jumanji.

Spencer pulang ke rumahnya untuk cutinya. Datuknya Eddie (Danny DeVito) tinggal sekali setelah menjalani pembedahan pinggul. Spencer yang sepatutnya pergi berjumpa rakanya yang lain tetapi mengambil keputusan untuk membaiki dan menghidupkan semula permainan video Jumanji dan masuk semula ke dalam permainan itu.

 

Sementara itu, Martha, Fridge, dan Bethany risau kenapa Spencer tidak datang ke reunion mereka. Mereka terus pergi ke rumahnya untuk mencarinya dan bertemu dengan Eddie dan rakan lamanya, Milo Walker (Danny Glover). Ketika mencarinya, mereka mendapati permainan Jumanji yang sepatutnya telah dimusnahkan itu telah dibaiki. Mereka tahu bahawa Spencer telah disedut ke dalam Jumanji dan mereka nekad untuk bermain semula Jumanji untuk menyelamatkan Spencer.

 

Tapi keadaan berbeza untuk kali ini, apabila mereka tidak sempat memilih avatar sendiri dan terus disedut ke dalam Jumanji kecuali Bethany. Di dalam Jumanji, mereka mendapati Eddie dan Milo juga telah disedut sekali. Mereka juga tidak lagi menjadi avatar seperti dulu. Eddie menjadi Dr Smolder Bravestone (Dwayne Johnson), Milo menjadi Franklin ‘Mouse’ Finbar (Kevin Hart) dan Fridge pula bertukar kepada Professor Shelly Oberon (Jack Black) yang dahulunya avatar kepada Bethany. Hanya Martha yang berjaya mengekalkan avatarnya sebagai Ruby Roundhouse (Karen Gillan).

 

Maka bermulalah pengembaraan mereka untuk mencari Spencer walaupun berdepan kesukaran untuk membiasakan diri dengan avatar masing-masing.

Masih mengekalkan cast yang sama sebagai tunjang filem ini. Pertukaran avatar antara karakter memberi kelainan yang segar dengan filem terdahulu. Avatar juga mempunyai kekuatan dan kelemahan yang baru. Namun Finbar masih lagi lemah terhadap dengan kek. Haha.

 

Jumanji The Next Level sangat kelakar. Sangat sangat kelakar.

Mungkin dalam 10 minit pertama agak perlahan tetapi apabila mula masuk ke dunia Jumanji, keseronokan bermula. Gelagat Dwayne  Johnson, Kevin Hart dan Jack Black memang membuatkan korang tak kering gusi.

Ditambahkan lagi cara Kevin Hart meniru gaya percakapan Danny Glover yang perlahan dan bersuara deep. Boleh dikatakan setiap kali Kevin Hart buka mulut je, kami pasti tertawa. Gandingan kesemua pelakon sangat mantap dari segi humor dan lakonan mereka.

Walaupun begitu, plot penceritaan Jumanji The Next Level agak sama dengan filem terdahulu. Di awal filem , dikatakan level permainan akan lebih sukar dari sebelumnya namun sebenarnya sama seperti dahulu, pemain perlu mengambil kristal dari penjahat dan pulangkan semula ke tempat asal. Kali ini, penjahatnya ialah Jurgen the Brute. Namun agak kecewa sedikit apabila Jurgen the Brute hanyalah villian yang biasa walaupun dikatakan pengganas terhebat di dalam dunia Jumanji. Wataknya tidak membawa sebarang bahaya yang begitu mencabar.

 

Filem yang anda boleh jangka plotnya. Namun dialog yang kelakar menjadi kekuatan filem ini untuk penonton terus melekat di dalam wayang. Filem yang kami cadangkan jika korang ingin bergelak ketawa dan have fun. Kami memang bergelak sakan dari mula hingga akhir.

 

P/s: Filem ini mempunyai mid kredit scene yang membayangkan sequel seterusnya

 

Tarikh tayangan: 5 Disember 2019
Durasi: 2 Jam 3 Minit
Rating YOY: 7/10