“Renungkan sebelum sy delete, sebab tak usah dikenang barang yang lepas” Luahan Sayu Sharnaaz Ahmad

Pelakon, Sharnaaz Ahmad ada berkongsi satu foto nukilan menerusi laman media sosial Instagram miliknya. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkongsi nasihat dan kisah cerita rumah tangga. Menurut bapa kepada seorang cahaya mata ini, tidak baik untuk mengenangkan kenangan atau perkara yang sudah berlalu. “Manusia dilahirkan tak sempurna, tapi yg menyempurnakan adalah pasanganya.. [...]

Pastinya umum mengetahui tentang kisah rumahtangga pelakon Sharnaaz Ahmad yang kini masih belum berkesudahan.

Lama mendiamkan diri, Sharnaaz ada berkongsi satu foto nukilan di dalam laman media sosial Instagram miliknya.

Pemilik nama penuh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkongsi nasihat dan kisah cerita berkenaan rumah tangga secara umum.

Sharnaaz juga menulis bahawa manusia ini dilahirkan tidak sempurna, tapi pasangan hidup lah yang akan menyempurnakan seseorang manusia itu.

“Manusia dilahirkan tak sempurna, tapi yg menyempurnakan adalah pasanganya.. Terbaca ni di feed, tersentuh.. Hidup yg bermakna adalah dgn mencari maknanya hidup.. renungkan sebelum sy delete. Sebab tak usah dikenangkan barang yg lepas kata org lamaa.,” 

“Saat kau menjadi isteri, sesekali pandanglah wajah suamimu ketika ia terlelap. Itulah orang yg tiada hubungan darah denganmu tetapi namun tetap berusaha mencintaimu”

“Sesekali saat suami pulang bekerja atau dari tempat usahanya, pandanglah wajahnya ciumlah tangannya.”

“Itulah tangan yang bekerja keras mencari rezeki untuk menafkahi dirimu dan anak-anakmu.”

Rata-rata netizen tersentuh hati dengan nukilan yang dikongsikan oleh Sharnaaz itu.