Selebriti
“Tuhan tarik satu, Tuhan bagi satu” Naqiu Kongsi Kehebatan Azmi Caliph Buskers

Kehangatan Gegar Vaganza kian terasa setelah pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad mengumumkan peserta telah layak ke Konsert Akhir pada minggu ini.
Pentas separuh akhir menyaksikan dua peserta tersingkir dan enam peserta lain berjaya mara yang menyaksikan kesemua finalis bakal berjuang habis-habisan di pentas akhir minggu ini.
Gandingan mantap Naqiu dan Azmi Caliph Buskers
Sepanjang konsert separuh akhir antara peserta yang mencuri tumpuan adalah gandingan mantap Naqiu bersama vokalis Caliph Buskers iaitu Azmi Saat.
Naqiu dan Azmi menyanyikan lagu Hanya Namamu yang merupakan lagu asal penyanyi Azmi Saat itu.
Penyanyi kegemaran ramai Naqiu, turut mengakui rakan duetnya menerusi lagu Hanya Namamu itu merupakan seorang penyanyi yang mempunyai kemampuan menjiwai lagu dengan baik.
Tuhan tarik satu, Tuhan bagi satu
“Tuhan tarik satu, Tuhan bagi satu”, antara kata-kata luahan finalis akhir Gegar Vaganza yang menyifatkan Azmi sebagai seorang penyanyi yang hebat.
“Saya akui dia menyanyi memang sangat bagus. Malah saya yang menyanyi di sebelahnya pun rasa sebak dengan ‘feel’ yang diberikan”.
“Saya seorang yang pentingkan ‘feel’ dalam lagu akan tetapi dia punya ‘feel’ itu lagi dalam”, ujar Naqiu.
Naqiu mengakui dia dan Azmi ibarat langit dan bumi
“Apa yang juri beritahu pun saya akui, ibarat langit dengan bumi sebenarnya. Kalau dengar susunan lagu tersebut sebelum ini, ia nampak sangat saya ni tertinggal agak jauh”.
“Jadi sebab itulah susunan kena tukar. Nampak seperti bukan saya yang bertanding”.
“Suara saya lebih kepada rock, jadi Datuk Ramli cadangkan suntik elemen Rock. Apa pun, saya akui memang Azmi memang terbaik. Saya puas hati juga sebab ini persembahan yang paling baik berbanding latihan sebelum ini,” katanya kepada MH.
Naqiu tidak menolak jika berpeluang berganding dengan Azmi Caliph Buskers
Sementara itu, bintang yang semakin menyerlah itu juga tidak menafikan dia dan Azmi mempunyai persamaan.
Beliau tidak menolak andai selepas ini ada projek lain yang mahu menggandingkan mereka berdua.
“Sebenarnya dia ada beritahu, takut untuk berduet dengan saya. Saya tanya kenapa kerana sepatutnya saya yang rasa takut kerana bakal nyanyikan lagunya”.
“Kemudian dia beritahu sudah pun mengikuti perkembangan saya sepanjang Gegar Vaganza (GV6)”.
Naqiu dan Azmi banyak persamaan
“Kalau ada isi masa bersembang untuk cari keserasian dan rupanya kami miliki banyak persamaan. Manalah tahu selepas ini ada kerjasama lain, InsyaAllah,” jelas Naqiu lagi.
Penyanyi berusia 33 tahun itu turut mempersembahkan lagu Inggeris Always yang telah dipopularkan oleh Bon Jovi menerusi segmen solo.
"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.

You may like
Popular

“Anak Bertuah” – Bawa Balik Makanan Jamuan Untuk Ibu, Tapi Letak Mee Tanpa Bekas Dalam Beg Sekolah

“Jem Terus Macam Mana Nak Mandi” – Terkejut Design Tandas Hotel Lut Sinar, Reaksi Geng Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur

Ibu Bapa Ini Buat Persiapan Raya Dengan Hiasi Pusara Anak Bertemakan “Hello Kitty”

Netizen Geli Hati Tengok Cubaan Murid Perempuan Menculik Kucing di Sekolah Gagal, Siap Nak Seludup Dalam Beg!

Burger Malaysia Versi Ramadan, Roti Liat Dicalit Sos, Inti Ikan Bilis Hangit! Sayur Langsung Tak Nampak Bayang
