[VIDEO] “Nasib kau la bang CCTV jelas, gambar HD,” Polis Buru Lelaki Cabul Remaja Perempuan di Kota Bharu

Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun menjadi mangsa cabul penunggang motosikal dalam kejadian yang berlaku pada Khamis, 25 Mac 2021 di Lorong Limau Manis, Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh mangsa di Balai Polis Kota Bharu pada jam 11 malam hari yang sama.

Menurut keterangan mangsa, kejadian itu berlaku pada jam 9.40 pagi ketika dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dan dihampiri oleh suspek yang menaiki motosikal jenis Honda C90, dari belakang.

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut, suspek dianggarkan berusia 40 hingga 50-an itu bertindak menyentuh punggung mangsa sebelum memecut melarikan diri.

Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu terus membuat laporan polis.

Siasatan awal polis berdasarkan nombor pendaftaran, polis telah mengenal pasti pemilik motosikal itu yang berasal dari Kuala Lumpur. Namun, polis percaya motosikal itu mungkin telah dijual tetapi nama pemilik asalnya masih belum ditukar.

Polis kini sedang giat mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu untuk tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati di atas tindakan lelaki tersebut dan mengharapkan agar dia segera ditangkap pihak berkuasa.

“Tmpt yg sama klu x silap auntie kena ragut..lpas tu jatuh dlm longkang” – Zack Eina

“Tempat ni memang lengang dan sunyi kot. sebab tu polis pasang cctv dan pondok bergerak (takde org) kat situ.” – Zaid Al-Farisi

“Aduhai bro hai ….mcm tu pon boleh ek…drama ni benar2 tau bukan rekaan semata2…siap ada pondok polis tu….berani sungguh..” – Aina Syazwan

“Bahaya btl lh…..pastikn anda sentiasa peka keadaan sekeliling anda….jgnlh sesekli jln berseorangan di tmpt yg xdaq org lalu atau kurg org lalu….biaqlh jauh brjaln skli pn klu tmpt tu selmat…walaupn da jln yg dkt tp x selmat…nsib baik dia culik bontot jaa….klu dia culik orgnya….hbslh….gelp trslh msa dpn amoooiii tu…..mata tu biaq liaq ckit.” – Badrul Jaafar

Rakaman CCTV kejadian