[VIDEO] Demi Hasilkan Konten Video, Remaja Maut Selepas Cuba Tahan Lori Secara Mengejut

Di zaman serba tular ini, semakin ramai manusia yang berlumba-lumba untuk menghasilkan konten terbaik hanya untuk dipaparkan kepada umum dengan harapan memiliki ramai pengikut di media sosial.

Namun bukan semuanya ‘bijak’ dalam menghasilkan sesuatu konten, ada yang mahukan jalan pintas dengan melakukan perkara yang aneh-aneh untuk mengejar populariti.

Terbaru, seorang remaja maut selepas menahan lori secara tiba-tiba di Tengerang Selatan, Indonesia demi menghasilkan kandungan video untuk dimuat naik.

Menurut Ketua Polis Tangerang Selatan, Agus Sutisna berkata, kejadian itu berlaku ketika remaja berusia 14 tahun dan rakan-rakannya berjalan dari arah Benda, Pamulang menuju ke Universiti Pamulang.

Menerusi laporan Tribun News, para remaja tersebut cuba memberhentikan lori dengan tujuan untuk menumpang kenderaan tersebut.

Namun malangnya, lori itu membawa muatan pasir yang berat, maka tidak dapat menekan brek serta-merta kerana keadaan akan menjadi lebih bahaya.

Difahamkan, pemandu lori itu kini telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Sebuah video ulah remaja di depan Perumahan Villa Dago, Pamulang, Kota Tangerang Selatan (Tangsel) nge-BM atau (nge-Bajak Mobil) sebuah truk yang sedang melaju viral di media sosial, Jumat (26/3/2021).

“Seorang remaja bernama M Haikal, 14, meninggal akibat digilis lori tersebut. Haikal merupakan warga Pondok Benda, Pamulang, Kota Tangsel.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kabartangsel.com (@kabartangsel)

Dalam pada itu, menurut seorang saksi, kumpulan remaja itu sering berkumpul dan sengaja menahan lori yang lalu di laluan berkenaan pada setiap malam.

Menurutnya lagi, aksi itu sengaja dilakukan sebagai bahan konten untuk video yang kemudiannya dimuat naik di media sosial dan ketika kejadian kumpulan remaja itu lari meninggalkan rakan mereka yang dilanggar.

Diharapkan agar perkara seumpama ni tidak akan berulang lagi dan dijadikan pengajaran kepada anak-anak muda yang gemar menghasilkan konten video di media sosial.