Rebah Selepas Joging, Komposer Terkenal Meninggal Dunia, Ini Antara Post Terakhir di IG

Kita dikejutkan dengan berita sedih hari ini apabila seorang pengarah muzik terkemuka tanah air, Faizal Uzir atau lebih terkenal dengan panggilan Lok-U telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10 pagi Rabu, lapor Astro Awani.

Berusia sekitar 40-an, Lok U difahamkan sesak nafas di kediamannya di Puncak Jalil, di sini sebaik pulang dari jogging pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Lok-U kini berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat sebelum dibawa pulang semula ke kediamannya bagi memberi peluang kepada keluarga dan rakan-rakan memberikan penghormatan terakhir.

Lebih menyayat hati apabila Allahyarham Lok-u meninggalkan balu, Jamariah Yusof serta empat orang anak Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Rata-rata para peminat muzik tanah air terkejut dengan berita ini dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman.

Untuk rekod, Lok-U merupakan antara pemuzik yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan Allahyarham sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen.

Malah, beliau merupakan salah seorang di antara juri profesional untuk anugerah muzik yang berprestij di negara kita.

Berikut adalah antara posting terakhir beliau di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

🎹🎻 #pianist #violinist #musician #awardshow

A post shared by Lok U (@faizaluzir) on

 

Semoga Allahyarham Faizal Uzir ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.