[FOTO] “Terpaksa tolak sebab kena free hair” Tunku Hanis Sahkan Sudah Pakai Tudung

Bagi anda yang pernah menonton drama bersiri Leftenan Zana, sudah pasti mengenali dengan aktres Tunku Hanis yang memegang watak Raz dalam drama berkenaan. Hanis atau nama penuhnya Tunku Norhanis Tungku Salman memaklumkan dirinya kini sudah berhijab sepenuhnya bermula sejak tahun lalu. Menurut bintang berusia 28 tahun ini, dia telah membuat keputusan untuk berhijab selepas dirinya [...]

Jika anda pernah menonton drama bersiri Leftenan Zana yang popular pada awal tahun 2019, pasti anda mengenali dengan pelakon cantik Tunku Hanis.

Di dalam drama tersebut, Tunku Hanis telah melakonkan watak Razlina bergandingan bersama Janna Nick dan Redza Rosli.

Pemilik nama penuh Tunku Norhanis Tungku Salman ini memberitahu dirinya kini sudah berhijab, lapor Media Hiburan.

Malah Hanis sebenarnya sudah berhijab sepenuhnya bermula sejak tahun lepas lagi.

 

View this post on Instagram

 

Thank you, next! Done with work for today! Anyway im hungry like gilaaa! Lets dinner! Kita cuba kedai baru! See you later!

A post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on

Menurut bintang berusia 28 tahun ini, dia telah membuat keputusan untuk berhijab selepas dirinya mencari keredhaan dari Yang Maha Esa.

Hanis mengakui sudah berhijab selepas tamatnya drama bersiri Leftenan Zana pada tahun lepas.

“Ya, saya memang dah berhijab dan hampir setahun saya memakai hijab selepas tamatnya drama bersiri Leftenan Zana ditayang di TV3 tahun lalu”

Menurutnya, dia merasakan dunia sudah hampir ke penghujung dan banyak perkara berlaku dijadikan iktibar untuknya.

“Entahlah rasa dunia ni dah penhujung, pusing kiri pusing kanan banyak benda jadi iktibar buat saya, yang ternyata penghujungnya, redha Allah yang kita semua perlu cari,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on

Malah, menurut Hanis lagi, dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlako selepas berhijab kerana watak yang ditawarkan memerlukannya membuka aurat.

Selain itu, dia juga kini sibuk dengan perniagaan yang sedang diuruskannya.

“Ada terima banyak tawaran lakonan terutama sekali watak antagonis tapi saya terpaksa tolak sebab semua kena ‘free hair’, watak lain ada terima tapi saya tolak juga masa tidak mengizinkan sebab sekarang saya dah fokus dengan perniagaan saya.”

Rata-rata peminat gembira dengan perubahan ini dan mendoakannya supaya istiqamah menutup aurat.

Tunku Hanis memulakan karier lakonan pada tahun 2007 ketika berusia 17 tahun dan di antara drama lain yang pernah dibintanginya adalah Memori Cinta Suraya, Suamiku Encik Sotong dan Papa Ricky.