Lebih 2 Juta Tontonan, Video Kompilasi Tarian Comel Issabelle Jadi Perhatian

Sejak akhir akhir ini , Nama adik Issabelle makin dikenali ramai kerana tularnya video tarian “Mengantuknya Mumia” nya.

Tariannya yang comel dan penuh keyakinan mencuit hati para netizen sehingga dia dijemput menjadi tetamu jemputan di MeleTop.

Bukan sahaja tular di Malaysia, malah gelagat comelnya juga tular sehingga ke Indonesia.

Baru-baru ini, ada yang merangkumkan video kompilasi tarian adik Issabelle dan ianya mendapat pehatian ramai pihak.

Adik Issabelle atau nama penuhnya Issabelle Semanjan adalah seorang kanak-kanak berusia 7 tahun berbangsa Iban dan berasal dari Sarawak.

Dia mula menarik perhatian orang ramai selepas satu video yang memaparkan dirinya menari lagu dari Didi and Friends, ‘Mengantuknya Mumia’ ketika di sekolah beberapa hari lalu.

Walaupun begitu, masih ramai di luar sana tidak tahu, memiliki akaun Tik Tok miliknya sendiri dan minat Adik Issabelle terhadap muzik dan lagu dapat dikesan sejak dia berusia 1 tahun lagi.

Selain itu, kanak kanak comel ini mempunyai 616 ribu pengikut di laman Instagram miliknya iaitu @issabelle_2013.


Tidak cukup dengan video video comelnya sebelum ini, terbaru, tular satu video kompilasi tarian adik Issabelle menerusi laman facebook yang super duper cute ! kini video itu telah mencecah hampir 2 juta tontonan sejak ianya dimuatnaik beberapa hari lalu.

Di sebalik kecomelan kanak kanak kecil ini, tesingkap bakatnya yang besar dan sungguh hebat.

Berikut merupakan videonya yang semakin tular pada ketika ini.

https://www.facebook.com/iloveborneomy/videos/544695446393074/?t=2

Lihatlah betapa comelnya dia, daripada umur 1 tahun lagi dapat kita lihat bakatnya dan gayanya yang sungguh spontan.

Ini pula video gelagat adik Issabelle ketika sesi rakaman MeleTop baru-baru ini, pantang dengar muzik!