Reaksi Muka Haqiem Stopa Jadi Tumpuan Lepas Kena ‘Sekolah’ Dengan Zul Huzaimy

Anak-anak muda yang minat motor mesti kenal dengan Haqiem Stopa. Haqiem Stopa yang juga terkenal di platform media sosial TikTok turut diangkat sebagai ikon permotoran.

Dalam pada itu, Haqiem, 22 tahun turut dipanggil ke sekolah untuk memberi kata-kata semangat kepada pelajar mengenai ‘peluang kedua’. Bagaimanapun, ramai yang tidak bersetuju kerana berasa Haqiem hanyalah seorang mat rempit dan tidak layak.

Baru-baru ini, pelakon dan pengarah hebat, Zul Huzaimy dilihat hadir ke acara Santai Anak Utara. Dia turut mengambil peluang untuk memberi nasihat kepada Haqiem yang turut ada di situ.

Kata Zul Huzaimy, dia penat bertahun-tahun berusaha untuk membersihkan nama budak-budak motor namun kehadiran Haqiem Stopa seolah-olah telah mencelanya kembali.

Zul Huzaimy dengan nada berseloroh berkata jika bukan dirinya siapa lagi yang akan menasihati influencer media sosial itu.

Manakala dalam hantaran lain, dia dilihat bersemuka dengan Haqiem dan memberi kata-kata semangat buatnya. Zul akui ramai budak-budak motor tidak suka dan asyik mengejek Haqiem.

@zulhuzaimymarzuki Spark VS Stopa #sparkgegarstopa #part2 #spark #lubikinwapanas @Haqiem_stopa @LEGACY RIDER ♬ original sound – Zul Huzaimy

Meskipun begitu, pelakon dan pengarah ini mengingatkan orang ramai Haqiem juga seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

“Ingat pesan gua, 3 September 2022. Budak motor semua benci dekat lu (bukan semua). Pergi mana-mana event semua hentam lu. Kenapa hentam dia? Dia manusia bro, dia bukannya binatang.”

Zul Huzaimy turut memberi jaminan Haqiem akan disayangi ramai jika terus berbuat baik. Malah, dia memberi sepenuh sokongan kepada Haqiem untuk teruskan perjuangan dalam bidang permotoran.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya tertarik dengan reaksi muka Haqiem. Malah ada yang kasihan melihatnya kerana sering dijadikan ‘bahan’ dalam acara-acara terbuka.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“kadang2 rasa kesian jgk dgn stopa ni 😂😂..”

“Muka stopa tahan nangis”


“kesian mat setiap event kene bahan kental wo”

Video yang tular di laman TikTok

@nadia_gurlgurlzboboy Stopa kene skolah ke tu???? 🤣🤣🤣🤣 #stopa #spark #hakimstopa #zulhuzaimy_m ♬ original sound – Nadia gurlgurlzboboy