Lelaki Pelik Kereta Tiba-tiba Kena Clamp Walaupun Dah Parking Dalam Petak Betul

Di sesetengah tempat seperti pusat membeli belah, jika kita meletakkan kenderaan di tempat yang dilarang seperti ruang OKU ataupun reserved sesuka hati, kenderaan memang automatik akan kena clamp.

Fungsi clamp ini juga adalah supaya orang ramai tidak mengambil kesempatan atas kemudahan yang disediakan untuk golongan yang tertentu.

Namun lain pula kisahnya kali ini apabila seorang pemandu Perodua Myvi mendapati keretanya tiba-tiba sahaja kena clamp walaupun sudah meletakkan di ruang parkir yang betul.

Kata lelaki itu, dia meletakkan keretanya di kawasan parkir pusat beli-belah namun hairan apabila hendak pulang, dia melihat keretanya telah kena clamp. Dia turut menerima sekeping notis denda meminta bayaran RM100 untuk membuka clamp tersebut.

Dalam pada itu, lelaki itu turut menjelaskan bahawa tiada ‘notis’ atau ‘tanda’ menyatakan tidak boleh meletakkan kenderaan pada ruang parkir berkenaan.

Malah tegasnya, keretanya tidak menghalang laluan mana-mana kenderaan lain memandangkan kereta di hadapannya milik rakannya dan dia boleh terus keluar dari tempat parkir itu tanpa sebarang masalah.

Video berdurasi 41 saat itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang turut hairan dan tertanya-tanya di mana salahnya lelaki itu. Sesetengahnya mendakwa berkemungkinan parkir itu khas untuk kedai cuci kereta yang ada di sebelah.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang berpendapat kotak parkir yang mempunyai nombor itu sebenarnya ‘parking khas’ manakala bagi parkir yang tidak mempunyai nombor boleh digunakan oleh pengunjung pusat beli-belah tersebut.

Selain itu, orang ramai menyarankan lelaki berkenaan pergi ke pejabat pengurusan pusat beli-belah bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya mengenai keretanya yang kena clamp.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook


Video yang tular di laman Facebook