Kanak-kanak Tertidur Di Tepi Longkang Gara-gara Penat Menjual Buah Mangga Buat Netizen Sebak

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Demikian perumpamaan yang sesuai apabila melihat golongan yang kurang bernasib baik cuba untuk menjana pendapatan dalam macam-macam cara.

Tidak kurang yang menjaja makanan di tepi-tepi jalan. Lebih menyedihkan apabila anak-anak kecil yang sepatutnya bermain di rumah dilihat pergi keluar mencari rezeki.

Beberapa hari lalu, tular satu video seorang kanak-kanak perempuan bekerja keras mencari rezeki sehingga terlelap di tepi longkang. Kejadian yang berlaku di Sepanggar, Kota Kinabalu itu sempat dirakam oleh Deyla Hadib dan dimuat naik ke TikTok.

Menurut Deyla, dia ternampak kanak-kanak perempuan berkenaan ketika sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Kata Deyla, kanak-kanak itu tertidur sambil memegang payung kerana hujan.

Bukan itu sahaja, turut difahamkan kanak-kanak itu berada di situ kerana ingin membantu keluarganya menjual buah mangga.

“Saya panggil dia beberapa kali baru dia dengar dan datang ke kereta. Ya Allah menangis tengok adik ni. Bila saya tanya mana mama dia, dia cakap mama dia pergi ambil adik dia.”

Sebak melihat keadaan kanak-kanak itu, Deyla menghulurkan duit sebanyak RM2.00. Pada keesokan harinya, Deyla datang semula ke tempat yang sama untuk menjenguk kanak-kanak itu dan memberikan sumbangan.

Deyla turut sempat bertemu dengan rakan-rakan serta abang kanak-kanak tersebut yang juga sedang menjual.

“Alhamdulillah dia masih sihat hari ini dan mampu tersenyum bersama abang dan kawan-kawan yang lain.”

Video yang tular di laman TikTok

@deylahabib94 Sayu tgok adik ne masa cod brg… Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki adik ni skeluarga. #fyp #xyzcba #fypdongggggggg #forgoupage ♬ Ambient-style emotional piano – MoppySound

@deylahabib94 Replying to @W Ahmad Nazri Alhamdulillah dia msih sihat walafiat.. #fyp #foryoupage #fypdongggggggg #xyzcba ♬ Ambient-style emotional piano – MoppySound

@deylahabib94 Replying to @DeylaHabib Semoga dpt menjawab persoalan kamu semua🙏🏻 #fyp #foryoupage #fypdongggggggg #xyzcba ♬ Ambient-style emotional piano – MoppySound

@deylahabib94 Replying to @oloblob jumpa suda adik tuu.. Stelah mncarii dkt sejam😅 #fyp #foryoupage #fypdongggggggg #xyzcba ♬ Ambient-style emotional piano – MoppySound

@deylahabib94 Adik2 tu bjualan tiap Hari dari jam 8 hingga jam 6 ptg.. Kalau jualan habis awl, awal laa diorang balik.. #fyp #adikviraljualmangga #foryoupage ♬ Ambient-style emotional piano – MoppySound