“Rasa penat, tapi bahagia..” Ebit Lew Sibuk Dengan Pembukaan Kedai, Ini Lokasi 10 Cawangan ELewsMart

Pendakwah Ebit Lew meneruskan usahanya untuk membantu rakyat apabila beliau mengumumkan bakal membuka pasar raya.

Ustaz Ebit Lew bakal buka 10 cawangan pasaraya

Difahamkan, kini beliau sedang sibuk dengan pembukaan 10 cawangan pasar raya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut Ustaz Ebit Lew, walaupun penat menguruskan pembukaan perniagaannya itu, namun beliau bahagia dengan yang dilakukan.

Rasa bahagia dapat salurkan bantuan

Menerusi perkongsian beliau di Facebook, beliau sempat mengenang kembali ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Ustaz Ebit sempat berkongsi perasaanya sangat bahagia apabila dapat membekalkan 3 lori barang keperluan untuk mereka yang memerlukan.

Bahagia rasa dapat kongsi rezeki

“Bahagia jer rasa…masa PKP bawa 3 lori pergi beli barang keperluan untuk orang yang memerlukan”.

“Orang susah dan anak yatim. 3hari jer habis. Terus beli lagi barang 3 lori. Habis beli lagi. Sekejap jer habis”.

“3hari bekalan untuk seribu orang. Beribu orang merayu minta bantuan. Setiap hari berdebar menangis sampai lupa nak senyum dan hilang kata”.

Ebit Lew bersyukur hasratnya tercapai

“Ujarnya, apabila membeli banyak barang keperluan, beliau berhasrat untuk memiliki gudang dan pasaraya sendiri untuk membantu lebih ramai orang. Ustaz Ebit turut meluahkan rasa syukur hasratnya itu sudah tercapai”.

“Sebak sangat masa tu. Bila beli berlori-lori terasa bestnya jika ada gudang dan mart sendiri dan dapat bantu lebih ramai orang”.

“Nak beri harga paling murah. Nak buat foodbank. Nak bantu beri peluang pekerjaan pada ramai orang”.

Penat itu bahagia dapat lihat senyuman orang lain

“Dari perniagaan lain yang sedang berjalan. Syukur Allah beri kekuatan untuk buka Elewsmart .Kadang rasa penat. Tapi penat itu bahagia bila dapat lihat senyuman orang lain”.

“Itulah ubat hati ini. Bahagia dalam berjuang. Terima kaseh Allah beri perasaan syukur ini. Tenang, sejuk bahagia di hati”.

Cita-citaku semenjak kecil

“Terima kaseh ya Allah atas nikmat ini. Kabulkanlah cita-citaku semenjak kecil lagi untuk bantu lebih ramai orang dan adi asbab kebaikan”.

Cawangan pertama Elews Mart akan dibuka pada 18 Julai ini di Bandar Baru Bangi, diikuti cawangan Kajang pada 19 Julai.

10 cawangan Elewsmart

Berikut adalah lokasi ELEWSMART yang bakal dibuka di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Cyberjaya

1. 📍No. 99 & 100, Biz Avenue 2, Persiaran Cyber Point Barat, 63000 Cyberjaya, Selangor

Kajang

2. 📍No 23G & 25G, Jalan TTDI Grove 7/1, Taman TTDI Grove, 43000 Kajang, Selangor

Cheras

3. 📍No 73-G & 73A-G, Jalan Dataran Cheras 4 , Dataran Perniagaan Cheras 43200 Cheras, Selangor.

Gombak

4. 📍No 1-G, Jalan Prima SG 1, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

5. 📍No 43A-G,Plaza KLTS, Blok B, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur.

Sungai Buloh

6. 📍No 21-G, Jalan Dataran Villa Putra 1, Dataran Villa Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Petaling Jaya

7. 📍Unit A-G-13 & A-G-13A (Ground Floor), Pelangi Square, Persiaran Surian, 47810 Petaling Jaya

Bandar Baru Bangi

8. 📍No 20, Jalan Medan Pusat 2C, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Shah Alam

9. 📍No 6, Jalan 22/1, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor

10. 📍29, Jalan Dinar D U3/D, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor

Semoga dengan pembukaan pasaraya ini dapat membantu golongan yang memerlukan dan memberi banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.