Dalam Perjalanan Jadi Imam & Mengajar Al-Quran, Remaja ‘Pergi’ Dijemput Ilahi

Kita merancang, Allah yang menentukan. Segala perkara mengenai jodoh, rezeki, ajal dan maut telah ditetapkan Allah SWT.

Kita sebagai muslim, hendaklah berserah dan percaya kepada takdir yang telah ditetapkan ini.

Baru pulang menjadi imam dan mengajar Al-Quran

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna Facebook, Nordiah memaklumkan bahawa anak lelakinya iaitu Muammar Ashraf Bin Ahmad Faizuli telah jemput Ilahi.

Muammar Ashraf telah terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Lebih meruntun hati apabila Allahyarham pada ketika itu dalam perjalanan menjadi imam dan mengajar Al-Quran.

Mengalami kecederaan serius pada bahagian otak

Ibu Allahyarham iaitu Nordiah menerusi akaun Facebook miliknya ada memaklumkan bahawa anak lelakinya itu telah terlibat dalam satu kecelakaan jalan raya.

Ekoran daripada insiden itu, Allahyarham kemudian dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius pada bahagian otak.

Adik Muammar Ashraf telah dijemput ilahi 

Perkongsian terbaru Nordiah di Facebook, dia memaklumkan bahawa anak lelakinya itu telah dijemput Ilahi pada 10 Julai 2020.

Malah, wanita ini sempat meluahkan rasa sedih dan dalam masa yang sama dia bersyukur dan berbangga kerana memiliki seorang anak yang sangat bertanggungjawab serta berbakti kepada keluarga.

Ucapan takziah mengiringi pemergian anak ini dan ramai yang berkongsi kebaikan Allahyarham ketika hajatnya.

Malah menerusi perkongsian di Facebook Muhammad Iqbal Maharani, ada juga yang turut mencemburui pemergian Allahyarham yang disifatkan seorang anak yang baik.

Ramai yang sayang pada awak

“Muammar Ashraf bin Ahmad Faizul, kita tak pernah berjumpa, tak pernah bersua namun kuatnya ruh awak, Allah bagi ramai orang sayang pada awak Muammar”.

“Muammar, kami cemburu dengan awak. Perginya awak pada hari mulia hari Jumaat penuh rahmat”.

“Hujan renyai, sejuk dan tenang hari ini seakan memberi erti Allah menyambut kamu dengan penuh rahmat dan kasih sayangNya. Kami disni belum pasti bagaimana perginya kami kelak”.

Awak pergi dalam fisabilillah

“Awak pergi ketika Perjalanan awak utk mnjdi imam dan mngajar Quran, di situ cemburu kami bertambah Muammar. Ketika itu Allah ambil awak. Awak pergi dalam fisabilillah”.

“Muammar, awak pergi sedangkan di belakang awak ada keluarga yang soleh. Doa mereka pasti dan pasti ada sentiasa untuk awak. Muammar, awak jangan risau syurga buat awak”.

“Bukti kebaikkan kamu sangat kami cemburui Muammar. Awak sempat hadiahkan Redha(adik Muammar) henpon milik awak. Awak sempat belikan mainan buat adik2 awak”.

Awak berkhidmat dengan ayah dan ibu awak dengan penuh kesungguhan

“Awak gunakan wang gaji awak utk sedekah kepada keluarga awak. Awak khidmat dengan ayah dan ibu awak dengan penuh kesungguhan”.

“Wallahi Muammar kami cemburu. Kami tak kenal awak tapi kisah awak akan terpahat rapi di dada kami. Kisah awak mengispirasikan kami. Cemburu kami pada awak Muammar”.

“Muammar, sudah sampai masa awak rehat di taman syurga. Keluar dari dunia yang penuh tipu daya”.

Rehatnya awak bukti syurga buat awak

“Muammar, sekarang tempat pulang yang sebenar-benarnya. Rehatnya awak adalah bukti syurga buat awak.

“Sedih kami bercampur tenang Muammar, kerna awak pergi dalam keadaan yang sangat baik”.

“Walaupon tangan ibu ayah awak menggigil dan tak terdaya utk menekan suis mesin bantuan penafasan”.

“Adik beradik awak tidak tertahan untuk melihat awak berhenti bernafas, tapi kami yakin Muammar. Awak lah yang akan tarik seluruh keluarga awak ke dalam syurga kelak”.

Doa kami mengiringi awak

“Doa kami mengiringi awak. Sedekah kami untuk awak. Zikir kami hadiah buat awak. Moga kelak kami juga dapat menikmati kematian yang dicemburui para mukminin seperti awak muammar”.

“Buat ahli keluarga arwah Muammar, kami kagum kerana lahir daripada ibu dan ayah arwah Muammar, seorang insan yang perginya disegani. Kami bersaksi ini adalah sebuah keluarga yang dikasihi Allah”.

Semoga keluarga Allahyarham Muammar tabah dan sabar kehilangan seorang anak yang baik.