Connect with us

Selebriti

Ameera Khan Padam Gambar Di Instagram, Neelofa Tampil Jelaskan Puncanya


Siapa yang tidak kenal dengan Ameera Khan atau lebih dikenali di laman Instagram sebagai @littlemisskhan, adik kepada selebriti dan usahawan terkenal iaitu Neelofa.

Baru baru ini, Ameera Khan telah memadam semua gambar di Instagram dan meninggalkan 1.4 juta pengikutnya dengan tanda tanya.

Sejak dahulu lagi, nama Ameera Khan tidak asing dalam laman sosial oleh kerana dia kerap dilanda kontroversi yang panas. Dia juga pernah beberapa kali memadam akaun Instagram dan menghilang dari dunia maya.


Menerusi laporan Gempak, Neelofa kakak kepada Ameera Khan semasa ditemui selepas maljis sidang media Inai Nunha dia menjelaskan bahawa Ameera sedang berehat dari sosial media dan memberi masa buat dirinya untuk mencarian haluan yang betul sebgai seorang Muslim.


“Dia ada cakap nak berehat sekejap. Sebab dia ada terima banyak tawaran fesyen dari luar negara, dalam Malaysia pun tak henti-henti orang nak dia. Dia macam hanyut dalam gelombang tu…”

“Tak sempat dia nak bernafas dan tengok balik yang mana okay, mana yang tak. Dia pula baru dalam proses nak belajar agama dan ada yang bercanggah, so dia nak bertenang dan ‘take a step back’,” katanya.



Ameera Khan gadis yang berumur 22 tahun ini menjadi perhatian netizen sejak umur belasanya lagi. Menurut Neelofa, banyak faktor yang membuatkan Ameera untuk hilang seketika.

Dia beranggapan umur adiknya itu tidak sepatutnya menjadi perhatian ramai kerana masih lagi dalam fasa untuk menjadi lebih baik dan dewasa.

“Sebagai kakak, saya lihat dia sedang membesar. Dia membesar tu pula berbeza masa zaman saya. Umur dia 22 tahun, dia dapat ‘limelight’ awal lagi daripada saya.

“Umur belas-belas lagi dah jadi perhatian ramai. Dia tak sempat nak tengok balik apa yang kurang dalam hidup, apa yang kena baiki, itu membuatkan dia nak rehat sekejap. Lebih kepada nak mengenal diri.

“Dia juga banyak tanya pasal soal agama, pasal aurat, hukum ini, hukum itu pada saya. Benda yang saya tahu, saya akan kongsi. Mana saya tak tahu, saya refer kepada orang yang pandai,” tambah Neelofa lagi.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)