Isu ‘scam’ bukanlah satu perkara yang baharu apatah lagi ianya boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti penipuan online, pukau dan banyak lagi.
Sebab itu lah kita sering diingatkan agar berhati-hati dengan segala transaksi yang meragukan dan yang paling utama adalah tidak memberikan butiran penting sama ada butiran kad bank, ataupun maklumat diri pada orang lain.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Twitter @axfyna berkongsi beberapa gambar tangkap layar hantaran Facebook yang mempromosikan barangan seperti periuk nasi dan skuter eletrik berjenama dengan harga murah.
Namun harga yang ditawarkan tidak masuk akal dan dipercayai adalah satu modus operandi penipuan dimana pembayaran akan ditolak selepas anda memasukkan butiran kad.
Pembayaran tersebut akan ditolak secara automatik tanpa perlu memasukkan nombor TAC.
Bila dilihat pada ruangan komen jualan tersebut, ramai pengguna yang mengatakan ianya ‘legit’ malah ada juga akui telah membelinya. Akan tetapi bila diperiksa, semua akaun yang memberikan review merupakan akaun media sosial yang baru dibuka sekaligus mencetus tanda tanya ramai.
Mejengah reaksi netizen, rata-rata mengatakan bahawa ada yang sudah tertipu dengan modus operandi ini.
Netizen juga mengingatkan orang ramai agar tidak terjebak kerana ia akan menyebabkan anda kerugian.
Antara komen warga maya:
If something is too good to be true, then it is too good to be true 🤷🏻♂️ https://t.co/WndrY4iUpy
— yen (@yennadei) January 30, 2023
sekarang nak menipu ni kena bijak. rule of thumb, if too good to be true, please ignore https://t.co/SxJY8rHWWY
— Hafiz / JagdTigger89 (@hafiz_ceo) January 30, 2023
my dad kena this and it was one hell of a ride trying to deactivate his account. https://t.co/8cjuncJvqB
— Syuhada Sapno (@syuhadasapno) January 30, 2023
My colleague paid rm8 for this scam dengan harapan mungkin dpt 😂 walaupun dia ckp ni konfirm scam.
The positivity 😂👌🏻 https://t.co/uFn4dpneZE
— kawan asrap (@minnnoooo) January 30, 2023
Perkongsian yang tular di Twitter:
tolong hati2 dekat facebook ada modus operandi scammers. dorang buat beratus fake account nmpk mcm org malaysia lps tu komen dekat post bagi nmpk mcm real. takut pakcik makcik tertipu sbb 1 post sampai 15K likes pulak tu😥 pic.twitter.com/fkOkRCc0qt
— Fyna | Swifty (๑◕︵◕๑) (@Axfyna) January 29, 2023