Rambut Pelajar Penuh Dengan Kutu Hidup, Cikgu Tolong Gunting & Bersih Sebab Ibu Sibuk bekerja

Bagi wanita penjagaan rambut adalah sangat penting buat mereka. Lagi-lagi apabila individu yang memakai tudung. Jika terus menyarungkan tudung ketika rambut basah dan lembap mesti tidak lama kemudian akan merasakan gatal dan bau yang kurang enak. Lebih teruk lagi akan  ada kutu dan kelemumur yang membiak.

Namun pun begitu, terdapat seorang pelajar perempuan di Jakarta telah ditolong oleh beberapa guru telah menjadi bualan ramai di TikTok kerana rambutnya yang terpaksa dipotong.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh @zeraazzahra memaparkan seorang guru bersama rakan sejawatannya memotong rambut dan membersihkan kepala pelajar perempuan itu yang penuh dengan kutu. Dalam video tersebut juga kelihatan keadaan rambutnya yang agak tidak terurus.

Difahamkan, cikgu berkenaan telah membawa pelajar itu keluar dari kelas dan kemudiannya menggunting rambutnya sedikit demi sedikit. Manakala cikgu yang lain membantu menyikat rambut pelajar tersebut. Apabila rambut pelajar itu disikat, kelihatan banyak kutu jatuh dari rambutnya lagi lagi apabila dialas dengan tudung putih itu.

Ketika dibersihkan rambutnya, cikgu itu menanyakan soalan jika ibunya tahu keadaan rambutnya yang dipenuhi kutu itu.Dia mengatakan ibunya tahu tapi terlalu sibuk dengan kerja. Tambah cikgu tersebut, oleh disebabkan selalu memakai tudung setiap hari di sekolahlah yang  menyebabkan rambutnya menjadi lembap dan memudahkan kutu itu membiak.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet juga terkejut dengan keadaan rambut pelajar perempuan itu malah ada yang mengatakan kutu tersebut terlampau banyak dan sepatutnya rambut itu dibotakkan. Bukan itu sahaja, mereka juga meluahkan rasa simpati dan memuji tindakkan guru berkenaan yang sanggup memotong rambut pelajar itu demi kebersihannya.

Antara komen warganet:

“Ni kena botak terus kak bukan potong rambut je”


“Kesiannya budak tu mak dia tak ambik kesah ke..”

“Ya Allah nak..itu rasa gimana kepalamu nak..”

“Aku terus garu kepala aku”

Video yang tular di laman TikTok:

@zeraazzahra♬ Ojo Dibandingke Farel Prayoga X Filla Talia (Rmp Channel) – Riza Productions

@zeraazzahraSemangat anak cantik ,,, bu guru pantau terus sampai kamu bebas kutu🤗♬ Ojo Di Bandingke – Denny Caknan

@zeraazzahraKesehatan dan kebersihan kepala anak sekolah itu penting sekali agar mereka bisa bersemangat sekolah dan bisa mengikuti pelajaran dengan baik pula♬ suara asli – Zera Az Zahra