Nak Renew Kad, Pesakit Lumpuh ‘Berkatil’ Terpaksa Ke Bank, Staff Dakwa Tak Ada Cara Lain

Sering kita dengar mengenai isu rakyat Malaysia yang menerima layanan buruk dari segelintir pelayan restoran, pembantu jualan serta khidmat pelanggan. Pun begitu, sama juga ceritanya dengan seorang wanita yang meluahkan rasa kecewanya apabila menerima layanan yang buruk dari pihak bank di laman TikTok.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @hatinimahamud dia mendakwa perlu membawa ibunya yang lumpuh ke bank hanya untuk menukar kad yang sudah tamat tempoh. Di dalam video tersebut, memaparkan ibunya yang baring di atas katil beroda lalu dibawa masuk ke dalam ambulans sehingga ke Public Bank.

Mak: Dikni kad bank mak dah nak tarikh luput.

Me: Okay sat nak call bank tanya macam mana kalau untuk orang lumpuh seluruh badan nak renew kad bank.

Bank: Cik kena bawak jugak mak mai dengan bank.

Me: Selain pi bank ada kaedah lain untuk mak saya yang lumpuh ni?

Bank: Memang kita tak ada cara lain, cik kena bawak mak mai bank dan tolak makcik masuk ke dalam bank jugak.

Difahamkan, wanita ini menghubungi pihak Public Bank Gurun untuk bertanyakan soalan mengenai prosedur penukaran kad bank bagi pesakit yang lumpuh namun jawapan yang diterima amat mengecawakan.

Walau bagaimanapun, wanita ini juga terpaksa mengeluarkan kos sendiri untuk menggunakan perkhidmatan ambulans St.John kerana tidak mampu untuk membawa kereta dengan keadaan ibunya yang tidak boleh duduk.

 

Tambah Hartini di ruangan komen, pihak bank public gurun menyekat akaun bank milik ibunya selepas dia menukar kad baharu kerana tidak dapat mengeluarkan duit. Apabila dihubungi, mereka tidak memberikan alasan serta meminta dirinya untuk berjumpa pengurus. Jelasnya, dari kad bank itulah ibunya menerima duit pencen sekaligus digunakan untuk perbelanjaan keperluan ibunya.



Bukan itu sahaja, dia juga meluahkan rasa terkilan kerana duit itu merupakan satu-satunya harapan untuk menampung kos kehidupan dan keperluan. Hartini juga menyifatkan mungkin kerana tiada harta mereka di layan sebegini rupa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa berang dan tidak puas hati terhadap layanan buruk yang diberikan pihak Public Bank Gurun. Selain itu, ada yang mengatakan sepatutnya pihak bank yang datang ke rumah jika keadaan tidak mengizinkan.

Antara komen warganet:

“Apa perasaan pegawai bank tu eh? Ada tak dia terasa ya Allah aku makan gaji buta ke? takde ehsan langsung ke?”

“Boikot lah public bank gurun ni..”

“Menggelupur lah staff public bank gurun bila kuasa viral dah fyp ni..”

“Saya exbanker bekerja selama 21 tahun saya pernah dapat customer macam ni tapi kami sendiri pergi ke rumah customer..”

Video yang tular:

@hatinimahamud #PublicbankGurun#pesakitlumpuhseluruhbadan#takadapertimbangrasa#pihakbanksombong#fypシ゚viral #viraltiktok #viralkedah ♬ Do’aku – Haddad Alwi