“Harap tak lalu kat FYP bini” Mahu Suami Berhenti Merokok, Isteri Goreng Rokok Celup Tepung Undang Perhatian Netizen

Tabiat merokok sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan sesetengah lelaki. Manakan tidak, jika tidak merokok dalam masa yang lama pasti ada yang mula ‘shaking’ demam dan sebagainya kerana sudah terbiasa. Bukan mudah untuk menghentikan tabiat yang sudah seperti rutin harian ini. Malah ada yang perlu ke pakar untuk mendapatkan tips.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan seorang wanita ini yang berkongsikan sebuah video di laman TikTok dan mendapat perhatian netizen dengan tidakkannya yang mahu membantu suaminya berhenti merokok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ivnasrg kelihatan wanita ini sedang menyediakan snek minum petang untuk suaminya. Apa yang mengejutkan adalah apabila bahan yang digunakan olehnya. Di dalam video tersebut, wanita ini mengambil kotak rokok milik suaminya lalu memasukkan semua rokok di dalam bancuhan tepung yang sudah disiapkan.


Dalam pada itu, dia menggoreng ‘snek’ tersebut sehingga kekuningan. Bukan itu sahaja, dia juga meletakkan snek tersebut di pinggan dan menuang sedikit sos cili.

Selepas siap untuk dihidang, dia membawa snek rokok celup tepung itu kepada suaminya namun terkejut sebaik sahaja mengigit makanan itu. Reaksi wajahnya suaminya yang gembira lalu bertukar kepada wajah yang pelik dengan tindakkan isterinya itu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet juga terhibur dengan tindakkan wanita ini yang membantu suaminya untuk  berhenti merokok dan sempat menghidangkan snek petang rokok yang dicampur bancuhan tepung. Bukan itu sahaja, mereka juga ingin mencuba resepi tersebut malah ada para suami yang mengharapkan video itu tidak lalu di fyp isteri mereka.

Antara komen warganet di laman TikTok:

“Harap vid ni tak lalu kat fyp bini aku”

“Rokok tepung goreng”

“Kak harusnya goreng satu-satu biar macam churros..”

“Idea yang boleh cuba..tapi masalahnya dia pakai pod..ada meletop dapur gas..”

 

Video yang tular di laman TikTok:

@ivnasrgdia senang sekali bukan🥰♬ Funny Song – Cavendish Music

Sekadar info, video yang berdurasi 33 saat ini telah mencecah sebanyak 20.4m tontonan, 1.0m tanda suka, 18.5k komen dan 92.k perkongsian.