Rakam Moment Mesra Reen Rahim & Lisa Surihani, Rambut Yusry Pula Undang Dekah Ramai!

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Reen Rahim yang terkenal dengan watak Dr. Fatin Husna menerusi drama 7 Hari Mencintaiku musim ke-3 ini?

Dia merupakan pelakon berbakat besar yang dikenali ramai. Mesti ada yang tidak tahu Reen Rahim mempunyai diploma di dalam bidang dandanan rambut dan telah mencuba bakat dalam bidang lakonan dengan menyertai pentas pilih kasih di musim yang ketiga dan menjuarai program tersebut.

Reen juga memiliki personaliti yang cukup istimewa kerana disenangi ramai. Gelagatnya yang agak selamba dan bersahaja itu membuatkan ramai peminat terhibur.

Baru-baru ini sebuah video yang dikongsikan oleh Reen Rahim di laman TikTok bersama Lisa Surihani menjadi tumpuan ramai. Di dalam video tersebut kelihatan penampilan Lisa Surihani yang sangat sopan dan nampak mesra bersama Reen Rahim yang dipercayai di lokasi Filem Sumpahan Raya.

Namun apa yang lebih menarik perhatian ramai apabila mereka melihat penampilan Yusry Kru yang juga suami kepada Lisa yang berada di belakang mereka.

Apa yang lebih lucu adalah Yusry mengenakan rambut kerinting sekaligus mengingatkan warganet dengan watak Yusry sebagai Mazlan di dalam Filem ‘Lady Boss’ yang pernah popular satu ketika dahulu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan Yusry kerana dalam gelagat Reen Rahim dan Lisa Surihani itu ada terselit Yusry dengan rambut uniknya.

Bukan itu sahaja, telatah Reen Rahim dan Lisa Surihani juga turut dipuji oleh mereka yang sedang bergelak ketawa.

Antara komen warga-warga netizen di laman TikTok:

“cinta ini boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan, walau pedas hingga mengalir air mata namun masih dimkn juga. lagu epol/apek dan mazlan/yusry ”

“cantiknya lah dua-dua ni”

“tak sekarang nii tak fokus benda lain..fokus rambut yusry je..”

“lembut je lisa…reen ni memang kelakarkan..”

Video yang tular di laman TikTok:

@reenrahimmy #pishang #reenrahim #ryzykyreen #janganpishang #janganpishang #reenrahimbeauty #reenrahimhygienewash ♬ Kaala chasma samel gurung viral trending song – समेल गुरुङ्ग

Sekadar info, video yang berdurasi 22 saat itu telah mencecah sebanyak 327.2k tontontan dan 14.7k tanda suka setakat ini.