Ikut Trend Takutkan Anak Dengan Audio ‘Mengilai’, Bella Astillah Dikritik Netizen

Aplikasi TikTok merupakan aplikasi yang ramai digunakan oleh masyarakat pada masa kini. Pengguna TikTok juga sering mengikut ‘trend’ terkini agar sentiasa mengikut perkembangan zaman sekarang.

Bahkan, selebriti di Malaysia juga tidak ketinggalan untuk turut mengikuti trend yang ada di TikTok. Baru-baru trend yang sedang hangat adalah dimana menakutkan anak kecil dengan meninggalkan mereka di bilik semasa menggunakan audio pontianak mengilai.

Turut terjebak, Penyanyi dan pelakon Bella Astillah juga telah memuat naik video ‘trend’ berkenaan dengan menakutkan kedua-dua cahaya matanya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh penyanyi kelahiran Sabah ini, memaparkan dia yang sedang berlari meninggalkan dua anaknya Ayden Adreean dan Ara Adreanna di dalam sebuah bilik.

Di dalam video tersebut kelihatan Ayden yang terkejut selepas terdengar audio berkenaan apatah lagi bila muncul hantu ‘kartun’ yang bertebangan di dalam video tersebut. Anak lelakinya itu cuba melarikan diri  dan menangis ketakutan manakala reaksi Ara hanya mendiamkan diri kerana tidak faham dengan situasi yang berlaku.

“Siang-siang pun takut si abang ni. Tengok adik relak jak” tulis Bella Astillah di ruangan kapsyen.

Trend ini mendapat perhatian Public Health Malaysia (PHM) untuk bersuara. Mereka menganggap trend ini ‘sampah’ dan tidak berbaloi dengan parut emosi yang ditinggalkan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengkritik tindakan penyanyi Bella Astillah kerana melakukan trend yang menakutkan itu kepada anaknya.

Bukan itu sahaja, ada yang menyifatkan perkara itu akan membuatkan anak anak kecil trauma lalu akan memberi kesan kepada mereka dalam jangka panjang.

Antara komen warga-warga netizen di laman TikTok:

“Jangan ajar anak takut pada hantu..nanti sampai ke tua takut hantu..”


“Sebenarnya tak boleh buat anak macam ni, perkara ni sama macam kita buli mental kanak kanak..pemikiran kanak kanak tak macam orang dewasa masih banyak benda yang kanak kanak tak tahu..”

“Demam terkejut takda ubat oii, it’s not funny okay”

“Boleh trauma si abang kesian..mental budak budak ni kalau tak kuat dia boleh ingat sampai bila bila yang ibu dia buat walaupun ibu just niat for joking only..”

Video yang tular di laman TikTok:

@bellaastillah_94Siang2 pun takut si abang ni. Tengok adik relax jak😝😂♬ suara kuntilanak – solehudin1294

Sekadar info, video tersebut telah mencecah sebanyak 1.9M tontonan dan 86.5k tanda suka setakat ini.