Pakai ‘Dress’ Terlalu Pendek Semasa Bercuti, Scha Alyahya Ditegur Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan Awal Ashaari dan Scha Alyahya? Pasangan selebriti ini merupakan pasangan yang sering menjadi sebutan satu ketika dahulu kerana keserasian mereka berdua. Pasangan suami isteri diibaratkan seperti ‘power couple’ di Malaysia kerana sehingga sekarang mereka masih diminati ramai.

Kedua-dua anak perempuan Awal dan Scha ini juga turut mempunyai peminat tersendiri sejak kecil lagi. Bahkan, laman Instagram milik anak mereka Lara Alana telah mencecah sebanyak 4juta pengikut.


Baru-baru ini, Awal dan Scha membawa anak mereka ke percutian ‘impromptu’ ke Singapura dan meluangkan masa di salah satu tempat yang menjadi tarikan anak-anak kecil iaitu Universal Studio Singapore (USS).

Universal Studios Singapore adalah taman tema yang terletak di Resorts World Sentosa, Singapura. Ia mempunyai 28 tunggangan, pertunjukan, dan tarikan di tujuh zon bertema. USS juga merupakan salah satu daripada enam taman tema Universal Studios di seluruh dunia.

Momen percutian di USS telah dikongsikan oleh Awal Ashaari di laman Instagramnya. Terdapat beberapa video dan gambar yang dirakam untuk disimpan menjadi kenangan mereka sekeluarga.

Namun terdapat satu pautan gambar dan video yang menjadi perhatian sesetengah pengikutnya lalu menegur penampilan Scha Alyahya memakai ‘dress’ merah jambu yang agak pendek. Malah ada yang memerli ‘dress’ yang dipakai oleh Lara lagi labuh daripada ibunya.

“Pendeknya skirt mummy”

“Baju Lara labuh daripada mama ni”



Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan komen yang positif dan turut gembira melihat percutian yang telah dikongsikan oleh keluarga pasangan selebriti ini lagi-lagi anak perempuan mereka Lara Alana dan Lila Aminaa.

Antara komen warga netizen:

“TabarakAllah…Time flies..Lara has grown tall..Teringat masa dia kecik dulu..comey je macam Lila rupa dia..Have a great trip guys!”

“Happynya muka anak-anak. Semoga bahagia dunia akhirat..Amiin”

“See the kids happy faces aja”

“Welcome to SG..Have fun and check out all the good food here..”

Pautan yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Sekadar info, Scha pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim dikenali sebagai endometriosis. Ini menandakan kali kedua Scha menjalani pembedahan endometriosis selepas kali pertama ialah pada 2013, iaitu sebelum beliau melahirkan Lara Alana. Beliau disahkan hamil bayi kedua.