Tok Ti dan Datuk K Dapat Cucu Baru! Selamat Lahirkan Anak Kedua, Tya Ariffin Dedah Jantina dan Nama Bayi

Menanti kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Tya Ariffin baru saja selamat melahirkan anak kedua pada pagi tadi.

Berita gembira itu telah disampaikan oleh suaminya Asyraf Khalid di laman Instagram miliknya.

Menurutnya Tya selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 9.21 pagi tadi.

Alhamdulillah, @tyaarifinnw has safely given birth to our 2nd baby, a baby girl today at 9.21am. Praise to Allah. Welcome to the world baby Azzahra Jiwa Asyraf @azzahrajiwaasyraf .

Tya juga telah memuat naik gambarnya bersama bayi perempuannya di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah syukur Ya Allah, Assalamualaikum Azzahra Jiwa binti Muhammad Asyraf @azzahrajiwaasyraf 🙏🏻

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

Bayi comel itu diberi nama Azzahra Jiwa Asyraf. Malah Tya turut membuat Instagram khas buat anaknya itu yang kini sudah mencecah hampir 10 ribu pengikut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azzahra Jiwa Asyraf (@azzahrajiwaasyraf) on

Tya Ariffin berkahwin dengan Asyraf Khalid yang juga anak ketiga Khalid Mohamad Jiwa pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa yang dilahirkan pada 31 Mac 2017.

Baca: Diet Bulan Puasa, Turun 10Kg di Bulan Ramadhan

Pasangan ini membahagikan masa mereka antara Jakarta, Indonesia dan Kuala Lumpur, Malaysia.

Kerjaya lakonan Tya Arifin bermula pada 2011 apabila beliau ditawarkan berlakon dalam filem Gending Sriwijaya arahan Hanung Bramantyo lakonan bersama Julia Perez, Agus Kuncoro Slamet Rahardjo dan Jajang C. Noer yang ditayangkan pada 2012.

Pada tahun 2013, Tya Ariffin merakamkan single solo pertamanya bertajuk “Bawalah Aku” ciptaan Anang Hermansyah.

Tya pernah membintangi dua sinetron dalam tahun 2015—Para Pencari Tuhan untuk siaran di SCTV dan Preman Pensiun untuk RCTI.