“Berbaloi ke..” Tak Kisah Bayar 1.3 Juta Untuk Tadika Anak, Perkongsian Wanita Ini Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Setiap ibu dan bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak tidak kira lah dari segi keselamatan, kesihatan dan juga pelajaran.

Bahkan ramai yang sanggup berhempas pulas mencari wang demi membiayai kos pembelajaran anak-anak agar mereka menjadi insan yang terdidik kelak.

Bagaimana pun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu mendaftarkan anak lelakinya ke sekolah tadika antarabangsa mencuri perhatian ramai.

Dengar perkataan ‘Antarabangsa’ pun kita sudah boleh bayangkan bagaimana hebatnya fasiliti di tadika berkenaan yang sememangnya serba serbu mewah malah itu juga memerlukan yuran pembayaran tahunan yang mahal.



Pun begitu, apa yang membuatkan ramai tekejut adalah, kos yang perlu dibayar oleh wanita itu untuk pendidikan anaknya adalah sebanyak RM1.3 juta namun dia akui berasa puas hati kerana anaknya dapat belajar dengan selesa dan ceria disamping guru-guru yang berdedikasi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata terpinga apabila mengetahui jumlah kos yang perlu dibayar untuk pendidikan taraf ‘tadika’ seperti anaknya itu.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen berpendapat bahawa ianya tidak berbaloi untuk menghabiskan wang sebanyak itu demi menghantar anak ke sekolah antarabangsa sedangkan itu boleh digunakan untuk pendidikan anak pada masa depan.

Antara komen warga maya:

“1.3 mil for kindergarten my kids better come out as a doctor at age of 6”

“Did you buy the school?”

“I will do the same thing also if i’m afford.. sebab sekolah yang bagus merupakan permulaan bagi pertumbuhan anak2.. dengan siapa dia bergaul and learn at school”

“That amount can give proper education to thousands of B40 and unfortunate student..”

“Sekiranya i mampu, i akan buat perkara yang sama juga.. atas tujuan nak build network anak dari usia muda lagi.. untuk masa depan dia juga..”


Video yang tular di laman TikTok:

@farahwen PART 1 : Worth it or not? 😍 #fyp ♬ Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguツ

@farahwen First day of school 😭 #fyp ♬ Angel Baby – Slowed – Troye Sivan & xxtristanxo & Slowed Radio