Prank Sambil Sedekah, Cara Pemuda Ini Bersedekah Pada Lelaki Sedang Tidur Raih Perhatian Ramai

Sering kali kita lihat di media sosial dimana ramai ‘content creator’ atau influencer sepertu youtuber, tiktokers membuat content yang dianggap ‘sampah’ oleh netizen.

Manakan tidak, banyak content yang dilakukan boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri serta orang ramai bahkan ada juga content yang mengaibkan orang lain dan agama.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki membuat prank sambil bersedekah meraih pujian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aidanmrz, dapat kita lihat seorang anak muda menghampiri seorang lelaki yang sedang tidur lalu meletakkan belon di sebelahnya.

Kemudian, pemuda tersebut berpura-pura berlakon dan mengejutkan lelaki yang sedang tidur itu.

Lelaki berkenaan yang baru sahaja dikejutkan dari tidur kehairanan dan menjelaskan kepada pembeli (lelaki yang berpura-pura) bahawa dia bukan penjual kepada belon berkenaan.


Bagaimanapun, lelaki yang melakukan prank itu tetap memberikan sejumlah wang dan membawa kesemua belon itu pergi.

Apabila pemuda itu berlalu pergi, riak wajah lelaki tersebut jelas menunjukkan bahawa dia sedang kebingungan dengan apa yang berlaku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan prank yang dilakukan oleh pemuda ini sangat unik bahkan merupakan prank yang boleh diterima ramai.

“Satu-satunya prank yang kami patut terima,” -Netizen

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyifatkan rezeki sememangnya tak salah alamat bahkan melabel lelaki tersebut sebagai seorang yang jujur kerana dia memaklumkan bahawa dia bukanlah penjual belon itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki asbab bersedekah kepada orang lain.

Antara komen warga maya:

“salah satu cara sedekah yang unik”

“the real ‘tidurlah, mana tahu bila bangun ada orang bagi duit'”


“jujur, nak ambil duit pun ragu2 sebab belon tu bukan haknya”


Video yang tular di laman TikTok:

@aidanmrzBangun-bangun langsung laris

♬ Face Dance – Funny Tok