Connect with us

Viral

Budak Kecil Pakai Braces? Netizen Kecam Tindakan ‘Tak Cerdik’ Ibu Bapa


Seperti yang kita tahu, pendakap gigi atau lebih sering disebut ‘braces’ ini digunakan untuk memperbetulkan kedudukan gigi agar lebih teratur.

Bagaimana pun, braces sudah menjadi trend dikalangan anak muda kerana dikatakan kelihatan ‘manis’ jika memakainya.

Bagaimana pun, kanak-kanak yang masih kecil bahkan masih dalam fasa pertumbuhan gigi sememangnya jarang menggunakan braces.


Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita di Indonesia berkongsi sebuah video memperlihatkan budak kecil memakai braces pada bahagian gigi bawah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @putsho05, kelihatan seorang budak perempuan berbaju hitam menunjukkan bahagian gigi bawahnya yang lengkap menggunakan braces.

Pada awalnya, ramai pengguna TikTok yang lain menyangka ianya hanyalah sekadar ‘filter’.


Namun setelah diperhati dengan teliti, rupanya pendakap gigi tersebut benar-benar dipasang pada gigi kanak-kanak itu.



Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan tersebut kerana memasang braces pada usianya yang terlalu muda.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan ianya satu perkara yang berbahaya. Kita yang dewasa nak makan pun susah apabila memakai braces, apatah lagi mereka yang masih kecil.

Antara komen warga maya:

“bahaya.. sakit sis.. saya pun tak tahan pakai braces”

“Ini bahaya sangat, orang dewasa pakai braces nak makan pun susah, apatah lagi jika masih kanak-kanak”


“pentingnya ilmu pengetahuan yaa kak, itu sangat bahaya bagi umur seperti dia”

“pentingnya belajar parenting dan kesihatan anak sebelum ada anak”

“filter ke ni? kan masih gigi susu tu”

“terkejut.. aku ingatkan filter”


Video yang tular di laman TikTok:

@putsho05♬ LDR KERAS BOS – Breaks Music Group


Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)