Positif Covid-19, Bapa Sanggup Asingkan Diri di Kandang Sebelum Terima Rawatan

Seperti yang diketahui umum, peningkatan jumlah jangkitan pandemik Covid-19 di beberapa kawasan di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan.

Apatah lagi melihat keadaan di Sabah yang hampir setiap hari ada sahaja kluster baru direkodkan.

Oleh kerana jumlah kes yang tinggi disana, pesakit yang positif Covid-19 juga ada ketika terpaksa menunggu beberapa hari untuk diambil dari kediaman dan diasingkan untuk menerima rawatan.

Besar pengorbanan seorang bapa

Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Michelle Christy apabila bapanya terpaksa melakukan pengasingan sendiri sebelum dibawa ke tempat rawatan oleh pihak kesihatan.

Bapa asingkan diri duduk di kandang kosong setelah disahkan positif

Memetik laporan mStar, Michelle memaklumkan bahawa bapanya mengambil inisiatif mengasingkan diri daripada keluarga mereka dengan duduk di kandang kosong berhampiran rumah setelah mengetahui dirinya positif pandemik tersebut.

“Semuanya bermula apabila bapanya yang juga seorang pekerja di syarikat kargo mengalami demam dan mendapatkan rawatan di klinik berhampiran di Papar, Sabah”.

Kami semua hampir hilang semangat dan menangis 

“Tapi tiga hari selepas itu, dapat berita bahawa doktor di klinik yang dia pergi positif Covid-19. Bos bapa saya cepat-cepat suruh buat swab test”.

“Pada 16 Oktober, bapa dapat panggilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan positif Covid-19. Dari situ semua terkilan, hampir hilang semangat dan menangis”.

Suara bapa sangat perlahan sebak

“Suara bapa pun sangat perlahan, saya sendiri elakkan untuk bercakap dengannya sebab betul-betul sebak dengan keadaannya.” Kata gadis tersebut.

Menurut gadis itu lagi, paling menyentuh perasaannya apabila bapanya yang berusia 45 tahun sanggup mengasingkan diri sebelum diambil pihak KKM dengan tinggal di kandang kosong berhampiran rumah mereka.

Seawal 5.30 pagi lelaki itu sudah bangun dan mandi di luar rumah dan hanya akan naik ke atas pada waktu malam cuma untuk tidur sahaja selepas semua orang di dalam rumah masuk tidur.

Sebak hati tengok bapa asingkan diri

“Sebelum tidur bapa akan spray sanitizer di atas tilam dan begitu sebaliknya. Sebak hati ini tengok bapa asingkan diri dia begitu tapi apakah daya, kami sebagai anak hanya mampu tengok sahaja.”

Berbicara lanjut, dia dan keluarga juga mengambil pendekatan dengan melakukan penjarakkan fizikal, memakai pelitup muka dan mengambil vitamin C untuk mengelakkan sebarang penularan.

Syukur jiran dan keluarga sentiasa memberikan semangat dan sokongan

Gadis itu turut meluahkan rasa syukur kerana semua insan disekeliling termasuklah jiran tetangga menyokong keluarga mereka dan sentiasa memberikan semangat ketika mereka sedang diuji ini.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan supaya bapanya kembali sihat dan mereka juga turut menitipkan semangat supaya keluarga ini terus kuat menghadapi ujian ini.