Popular Dengan Pok Ya Cong Codei, Sabri Yunus Kembali Dengan Filem Terbaru: Butak

Pelakon dan pengarah serba boleh yang begitu dihormati ramai, Sabri Yunus mempunyai dimensi tersendiri dalam setiap karya yang dihasilkannya sehingga mendapat perhatian
ramai.

Sebelum ini, karya terkenal beliau, ‘Pok Ya Cong Codei’ (2018) yang disiarkan di saluran Astro Mustika dan Astro Citra telah mendapat sambutan luar biasa dan tular di media sosial kerana hangat diperkatakan oleh penonton dalam dan luar negara.

Malah, bukan itu sahaja, karya lain seperti ‘Sangul Beracun’, ‘Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman’, ‘Kita Bukan Anjing’, ‘Che Pa’ turut membuktikan Sabri Yunus sebagai seorang pengarah yang sentiasa perjuangkan karya berkisar akan adat dan kebudayaan serta sarat dengan mesej-mesej kerakyatan.

Terbaru, Sabri Yunus kembali dengan buah tangan terbaru iaitu filem BUTAK yang akan terus ke pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480 mulai 8 Oktober.

 

View this post on Instagram

 

Jom..beli popcorn. Kita lepak dengan family kt rumah.. takyah kluar..jimat…subscribe di Astro First 8 Oktober 2020..Filem Butak

A post shared by Filem Butak (@filembutak) on

Padat dengan mesej positif, Butak mempertaruhkan pelakon remaja yang juga pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2015 dan Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2016, Izuan Fitri sebagai tunggak utama.

Kali ini dia tonjolkan sisi berbeza daripada penampilannya dalam filem One Two Jaga (Filem
Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-30) dan filem Munafik.

Bukan itu sahaja, Butak menggabungkan pelakon-pelakon hebat senior dan baru antaranya Bohari Ibrahim, Kaza Saisi, Imuda, Khatijah Tan, Laila Nasir, Fimie Don, Melly Amalin, Saidi Sabri, Azman Hassan, Fazli Daniel Ali, Adrenna Rose, Omar Hj Abdullah, Ahmad Nizam Bahari. Sabri Yunus juga turut membuat penampilan sebagai Pak Man.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Sabri Yunus meluahkan rasa syukur dapat menyiapkan filem tersebut dengan tenaga kerja yang baginya sangat berdedikasi.

“Maka pada malam ini Butak akan bertayangan di Astro First bermula pada malam ini , 8 hb 10 .

“Saya secara peribadi bersyukur kerana telah dapat menyiapkan kerja kerja ini bersama kumpulan tenaga kerja yg sangat berdidikasi.baik dari team pruduksi, team art department, Kru teknikal pimpinan DOP, wardrobe dan make up.. para pelakon.. pelakon baru dan lama.. pelakon dari Taiping dan Batu Kurau.. penduduk dan kerajaan negeri Perak.

“Terima kasih semua, tentunya juga terima kasih pada pehak Astro. Harapan semoga karya kecil ini dapat berkongsi dgn semua.”

Sinopsis Filem Butak

Butak mengisahkan tentang Butak yang nakal tetapi cerdik. Penduduk kampung sering mengadu akan setiap hal dan kekecohan yang Butak buat di kampungnya itu.

Sehinggalah satu peristiwa yang meruntun hatinya, Butak merajuk dan menyalahkan diri sendiri lalu nekad untuk lari dari rumah.

Kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji membawanya ke Pelabuhan Penang. Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri.

Sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas di atas kesilapannya yang lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.