“Plat D, biasalah tu..” Isu Cop Parking, Netizen ‘Pukul Rata’ Salahkan Orang Kelantan

Trend ‘lapuk’ dimana berdiri tercegat di dalam petak parkir untuk cop parking ini sememangnya masih wujud walaupun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menguatkuasakan undang-undang berkaitan isu tersebut.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita kelihatan berdiri untuk cop parkir di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, kedengaran wanita yang merakam insiden itu merungut kerana hampa dengan situasi yang terjadi.

“Kejadian cop parking kat mall. Orang penat pusing cari parking, dia boleh main cop… tolong viralkan ya,” tulisnya di kapsyen video berdurasi 23 saat itu.

Difahamkan pengunjung tersebut juga menyatakan dia sudah berada di parkir kosong berkenaan terlebih dahulu namun dihalang untuk memasukinya.

Tak lama selepas itu, kelihatan sebuah viva berwarna hitam memasuki parking tersebut dan apa yang lebih menyakitkan hati, dia bukan sahaja kelihatan biadap malah turut meletakkan kenderaan dalam keadaan senget dan tidak betul.


Pun begitu, kini video tersebut milik Norafidah Azman dipadam kerana dikatakan berunsur buli sebelum menjadi tular di beberapa platform media sosial yang lain termasuk Twitter.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut malah menyifatkan orang yang melakukan perkara sebegitu merupakan orang yang mementingkan diri sendiri.

“Perangai orang tak guna otak macam ni la. Dah terbiasa sangat cop parking dekat pasar malam!

“Dasar mentaliti sampah, orang bodoh je main cop parking,” luah beberapa netizen.

“Patut masuk, tunjuk akta kesalahan cop parking.”

“Pernah sekali dekat R&R pakcik tu suka hati nak cop parking padahal saya dah bagi signal dulu sebelum dia terkedek-kedek sampai dekat kotak parking. Kisahnya saya terus melulu masuk parking makanya dia pun terpaksalah mengelakkan diri kalau taknak kena langgar.”

“Lain kali kalau nampak orang berdiri dekat parkir, redah je! Lepas tu ambil gambar dia, anything terjadi pada kereta dia adalah suspek.

“Blok saja parking spot yang kawan dia berdiri tu. Biar kawan dia tak dapat parkir, kemudian lepak dalam kereta,” ujar beberapa netizen.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga turut mengupas isu kenegerian memandangkan nombor plat kereta tersebut yang bermula daripada huruf D.

“Plat D, biasalah tu… nak bergambar depan Mid Valley”- Netizen

Malah ciapan ringkas seorang pelayar Twitter yang mengongsikan video terbabit dengan perkataan ‘kelllll’ juga dilihat seolah-olah berkaitan kenegerian kerana ditafsirkan sebagai ringkasan kepada Kelantan.

Namun individu yang berkongsi video berkenaan meminta orang ramai agar tidak menghukung rakyat negeri Kelantan yang mencari rezeki di Kuala Lumpur.

“Bukan salah nombor plat tapi pemilik kereta tu,” katanya membalas komen netizen.

Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)



Sekadar info, budaya cop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Individu yang sengaja cop parking boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.