“Pilihan kami anak turutkan,” Tular Anak 16 Tahun Ditunangkan Dengan Gadis 17 Tahun Jadi Perhatian Netizen

Kahwin awal sudah kedengaran biasa dalam masyarakat kita. Ada yang sudah ada cahaya mata pada usia belasan tahun semasa remaja yang lain sibuk menghabiskan sisa persekolah mahupun pekerjaan.

Bergantung pada individu masing-masing. Jika sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang besar pada usia yang muda, teruskan. Jika belum, carilah pengalaman dahulu.

Baru-baru ini remaja lelaki berusia 16 tahun telah dapat restu daripada kedua ibu bapanya untuk bertunang. Difahamkan ibu bapanya juga teruja dan tak sabar untuk mendapat menantu.

Walaupun baru belasan tahun, umur yang muda bukanlah satu alasan untuk melambat-lambatkan urusan pertunangan.

Sepertinya ia satu tindakan berani yang diambil oleh kedua remaja ini yang masih bersekolah menengah.

Bapa si remaja lelaki atau dikenali sebagai Ude Hafizul telah memuatnaik memori indah itu ke dalam akaun TikToknya.

Dia berkongsi cerita bahawa anak lelakinya itu baru berusia 16 tahun manakala bakal menantunya lebih tua setahun daripada anaknya iaitu 17 tahun.

Dia juga memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat ilahi kerana memudahkan urusan pertunangan anaknya yang berlangsung pada hari Jumaat yang lalu bertarikh 12 November.

“Alhamdulllah selesai majlis bertunang anak kami. Tak lama dapat menantu lah kita. Majlis bertunang anak sulung kami Aiman dan Wana.”

Dia juga mengulas sepatutnya bakal menantunya itu menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Menerusi kapsyen di video TikTok beliau juga, dia menjelaskan bahawa calon menantu mereka adalah pilihan mereka sendiri dan anaknya pun turuti permintaan mereka.

“Anak saya sulung, bakal menantu pun sulung. Yang perempuan 17 tahun, anak saya 16 tahun. Pilihan kami ni anak turutkan saja. Alhamdulillah. 12/1 1/2021 tarikh yang cukup indah untuk dikenang. Umur bukan halangan.”

Turut berkongsi hari istimewa baginya di akaun TikTok.

“Alhamdulilah selesai majlis btunang ank kami”

@udehafizul2 alhamdulilah selesai majlis btunang ank kami.@nuyuude1405 ♬ DJ Beta Janji Beta Jaga Slow Bass – Yudha Paramata

“Calon menantu babamama.”

@udehafizul2 Calon menantu babamama.@nuyuude1405 ♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

“Ank ambe sulung bakal menantu pn sulung.yg prempuan 17 thun ank ambe 16 thun.pilihan kami ni ank turut kn je.alhamdulilah”

@udehafizul2 Ank ambe sulung bakal menantu pn sulung.yg prempuan 17 thun ank ambe 16 thun.pilihan kami ni ank turut kn je.alhamdulilah @nuyuude1405 ♬ DJ Beta Janji Beta Jaga Slow Bass – Yudha Paramata

Antara komen-komen yang diberi oleh pengguna TikTok.