Hilang Sabar Tengok Budak Tak Dapat Buka Pintu, Kucing Ini Ajar Cara Yang Betul

Membela haiwan peliharaan di rumah memang sudah biasa di antara kita. Kadang kala melihat keletah comel mereka yang mencuit hati sudah mampu menghilangkan sedikit sebanyak stress yang kita tanggung.

Dalam tak sedar, kita sudah pun menganggap mereka seperti anggota keluarga kita sendiri.

Ada yang sanggup berhabis sehingga ribuan ringgit demi penjagaan haiwan peliharaan masing-masing.

Kadang-kadang perbelanjaan haiwan kesayangan ini lebih mahal nak dibandingkan dengan barangan manusia!

Ada yang dihantar ‘grooming’, ada juga yang dihantar ke veterinar setiap bulan untuk pemeriksaan kesihatan.

Tular baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah berkongsi video yang memaparkan ‘Encik’ kucing membantu seorang kanak-kanak perempuan menarik tombol pintu.

Video geli hati yang berdurasi 21 saat telah mencuri perhatian netizen dengan mencapai jumlah tontonan sebanyak lebih daripada 2 juta kali tontonan!

Video ini dirakamkan apabila seekor kucing dan seorang kanak-kanak berada di hadapan pintu. Kanak-kanak tersebut ingin membuka pintu namun tersalah tombol.

Kucing disebelahnya yang melihat perkara itu terus menepis tangannya dan pulas tombol pintu tersebut.

Kucing tersebut juga dilihat telah lama memerhatikan kanak-kanak yang mencuba untuk membuka pintu itu sebelum dia sendiri bertindak untuk membuka pintu tersebut.

Dalam video itu juga terdengar kucing itu mengiau seolah-olah menyuruh kanak-kanak itu untuk ketepi dan memberi laluan kepadanya.

Video tular di laman Tiktok:

@jamaluddinnani♬ Dj BonBon Remix – || •

Ramai yang terhibur dengan gelagat kucing tersebut. Setelah menjengah ke ruangan komen, pelbagai jenis reaksi ditinggalkan oleh netizen.

“Tepi sikit…lambat betul lah”


“Kalau dr segi umur mmg kucing tu lg matang”

“Kucing tu ajar tarik ni katanya bru boleh buka pintu”