“Adik saya meninggal pada usia 23 tahun sebagai seorang HAFIZAH”

Life is too short to be wasted.

Semalam sekitar jam 11 malam, waktu sedang mengajar di Metamorphosis Kota Kinabalu saya dapat berita adik saya sedang nazak di KL.

Saya maklum pada team supaya cari tiket paling awal balik. Tiket malam dah takde dah. Jadi yang paling awal ialah jam 5.30am pagi tadi.

Saya teruskan kelas sampai habis. Around jam 1 am selesai semua sesi Autograft dan bergambar dengan peserta.

Terus saya ke bilik, ambil barang dan bergegas ke Airport. Sepatutnya kami stay seminggu di KK. Plan nak holiday pusing Sabah.

Sampai di Airport sekitar jam 2 pagi, mama saya call menangis-nangis, maklum kan adik saya dah meninggal.

5.30am kami naik flight, saya, Fizah, Luqman, bersama dua adik lagi dan seorang adik ipar.

Kiranya by this time saya dah lebih 24jam tak tidur. Saya bangun jam 4.30am 7 haribulan, mengajar sepanjang hari sampai ke pagi, terus lajak ke Airport sampai 5.30am masih belum tidur.

Tiba di KLIA terus kami bergegas ke Surau hospital tempat dimandi kan jenazah.

Alhamdulillah sempat juga saya lihat Arwah buat kali terakhir. Saya sendiri yang usung beliau. Sempat solat kan beliau, saya berada dalam van jenazah mengiringi beliau hingga ke tanah perkuburan dan saya sendiri yang turun kan beliau ke dalam liang.

Adik saya Farah Liyana Binti Rosli meninggal pada usia 23 tahun sebagai seorang HAFIZAH. Beliau bawa balik bersama beliau ke Alam seterusnya satu harta yang mahal. Al-Quran di dada sebagai teman di kubur.

Al-Quran di dalam diri sebagai pendamping dan saham di Akhirat sana.

Saat saya mengusung Arwah, saya iring arwah ke kubur, saya turun kan arwah ke liang lahad. Saya tanya diri saya. Kalau lah jasad ini aku. Apa harta aku bawa balik harini?

Takde. Aku takde harta nak bawa balik. Baru saya sedar saham akhirat belum cukup. Kalau aku mati harini, adakah aku boleh balik jumpa Tuhan dalam keadaan tenang?

Saya tengok sekeliling tadi sepanjang majlis. Yang hadir hanya keluarga dan sahabat terdekat. Baru saya sedar bahawa selama ni kita banyak buang masa pada orang yang tak matters pun untuk kita. Kita sibuk cari approval society, kita sibuk nak impress orang sekeliling that doesn’t really cares. In the end. These people yang akan bersama saya sampai akhir. FAMILY & FRIENDS.

Kalau kita meninggal harini. Adakah kita akan puas hati dengan amalan yang kita dah buat selama ni?

Apa bekal kita nak bawa ke alam sana?

Baru saya sedar hakikat. Rupanya hidup terlalu pendek untuk di bazirkan. Sementara masih ada masa, buat pelaburan akhirat sebanyak mungkin. 3 perkara yang akan kekal beri saham akhirat pada kita. Ilmu yang Bermanfaat, Anak Soleh yang mendoakan kita, dan Sedekah Jariah kita.

Sebab itu saya buat Metamorphosis. Saya cuba sampaikan ilmu semampu mungkin, Alhamdulillah pada ratusan ribu jiwa sekarang. Saya cuba buat sedekah sebanyak mungkin, dan Alhamdulillah inspire ribuan manusia untuk buat baik dan bantu orang sekeliling juga. Dan InsyaAllah saya akan tinggalkan anak yang soleh, serta anak-anak murid yang soleh dan solehah.

Kawan, hidup ni terlalu pendek. Gunakan sebaik mungkin. Bagi bekas pada dunia. Cari bekal sebanyak mungkin. Bawa pendamping bersama kita ke alam sana.

Tadi di kubur, Dr. Taufiq Razif tanya saya. Deme bereh tak ni? Ok tak?

Saya hanya senyum dan cakap ok Dr. Kita tak mati pun sebenarnya. Kita hanya pulangkan jasad yang kita pinjam ni ke bumi. Dah pulangkan jasad, kita pindah hidup di dimensi lain pula. Di Alam Kubur.

Sekejap saja terpisah. Nanti jumpa balik InsyaAllah di alam sana. Saya, Dr. Kita semua akan pindah juga ke alam sana. Sekejap saja terpisah.

We are a spiritual being having a temporary human experience. Dah habis waktu kita sebagai human, kita masih teruskan hidup sebagai Soul.

Kita akan di persoalkan, kita akan di hisab dan sebagainya. Persoalan dia ialah.

Adakah kita bakal kekal bahagia di alam sana hidup sebagai soul?

Itu tergantung bagaimana kita hidup sebagai human yang sementara waktu ini.

Maaf tuan puan saya tak sempat buat pengumuman untuk Registrations MEGA METAMORPHOSIS lagi. Saya baru selesai kan semua urusan keluarga dan baru sempat rehat.

InsyaAllah esok REGISTRATIONS MEGA METAMORPHOSIS akan di buka. Malam ni saya akan buat sedikit pengumuman penting bagi melancarkan process registrations esok.

Mohon maklumkan pada semua ya. Moga MEGA METAMORPHOSIS ini juga jadi bekal Saham Akhirat saya dan jadi saham akhirat kalian.

-Afnan Rosli-

Artikel ini adalah tulisan asal Tuan Afnan Rosli di Facebook beliau. Anda boleh membaca posting asal di sini.