Kongsi Isu Cuti Haid Yang Dirancang Kerajaan, Fizo Omar Dikecam Netizen

Seperti yang kita tahu, baru-baru ini kerajaan membuat perancangan mengenai perkenalan cuti haid yang dijangka akan diselesaikan Oktober ini.

Bagaimanapun, Fizo Omar menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsi isu satu hantaran di laman Instagram miliknya berkaitan pengenalan cuti ini dengan menyelitkan data mengenai Malaysia yang merupakan negara tertinggi yang mempunyai bilangan cuti umum di Asia Tenggara.

Susulan hantaran tersebut, netizen mendakwabahawa Fizo Omar seakan memperlekehkan golongan wanita yang memerlukan cuti berkenaan.


Dek kerana geram dengan kenyataan Fizo, ada pengguna Twitter yang tampil mengatakan bahawa setiap sakit senggugut berbeza setiap orang malah ada yang sehingga mengalami kekejangan.


“Perlu diingati, senggugut ketika haid berbeza untuk setiap wanita. Ada yang sampai tak boleh bangun, kaki kejang, dan sebagainya.”

“Sesetengah kita ni ‘privilege’ sangat sampai tak ada empati.”

Rata-rata warga netizen bersetuju dengan pendapat wanita tersebut malah mengecam hantaran Fizo Omar yang dianggap tidak empati dengan nasib sebilangan wanita yang mengalami senggugut yang teruk.

Antara komen warga maya:

“kalau la korang dapat rasa period pain tu macam mana, mesti korang takkan ada masalah if gov betul2 bagi cuti ini”

“nak baring tak selesa, nak duduk lagi lah tak selesa”


“bila dah period ha senggugut sampai berpusing atas katil, pakai socks”

“certain comment dekat post Fizo ni ramai yang memperlekehkan perempuan yang sakit senggugut.. and those comment from PEREMPUAN juga. Bersyukur lah kalau u guys tak pernah merasa sakit senggugut sampai tak boleh bangun”

“sejenis perempuan yang comment tak setuju dengan period leave ni, aku doa biar kau kena period pain level neraka”

“period pain setiap perempuan semua berbeza tak sama”

“mimpi la dapat cuti umum 50 hari”

 

Hantaran Fizo yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)