Menjejaki Bumi Mekah, Coretan Nelydia Senrose Buat Suami Curi Perhatian Netizen

Siapa tidak kenal dengan pelakon cantik yang membintangi drama Khilaf Asmara, Nik Zaris Nelydia Nik Sen atau lebih dikenali sebagai Nelydia Senrose. Walaupun jarang muncul di layar perak namun namanya sering disebuti di kalangan warga maya.

Terbaru ini, Nelydia menarik perhatian pengikutnya apabila dia menitipkan coretan indah buat suami tercinta iaitu Mohd Hafez yang disifatkan sebaga suami yang terbaik buat dirinya.

Menerusi perkongsian sosial media di Instagram Nelydia, coretan itu pada masa yang sama menzahirkan rasa syukur nikmat kerana dapat menunaikan ibadah haji tahun ini.

“Kenangan kami pada Hari Wuquf dibumi Arafah ”

“Syurgaku.. terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburan mu utk kita menjadi tetamu Allah. Niat dan keikhlasan mu utk kejalan Allah sangat ku kagumi.”

“Dia tidak berkira-kira utk memberi yang terbaik demi jalan Allah. Dia juga menjagaku dgn penuh hormat dan kasih sayang.”

“Dia lah sebaik-baik rezeki buat ku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurgaNya.”

“Terima kasih ya Allah atas peluang ini, jadikan kami tetamu Mu lagi, dan jemputlah mereka juga yang sudah lama menantikan undangan Mu.
Aamin YRA “.  tulisnya.

Itu lah luahannya menerusi paparan kenangan foto yang dirakam pada Hari Wuquf di Arafah. Nelydia juga turut mendoakan agar orang ramai juga mendapat peluang melakukan ibadah ini.

Meninjau di rungan komen, rata rata netizen dan rakan rakan artis turut mendoakan agar pasangan ini terus bersama hingga ke akhir hayat untuk Nelydia dan Suami.

Antara komen rakan artis dan peminatnya:


” Rezeki Nel dapat suami yang mampu membimbing ke jalan kebaikan..”


” Semoga Hajah Nelly& Suami berkekalan hingga syurga firdausi..”

” Semoga berbahagia Nelly& Suami Sampai ke Jannah.. Lovely couple”

Gambar yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

Sekadar info, Nelydia Senrose menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur, Mohd Hafez Halimi dan menamatkan zaman bujangnya pada 6 April 2019 dengan sekali lafaz. Bercerita mengenai kehidupan berumah tangga, Nelydia akui seronok memikul tanggung jawab sebagai isteri. Ini juga adalah kali ketiga Nelydia menunaikan ibadah haji.