“Dia sekolah international,” Che Ta Bidas Dakwaan ‘Panas’ Netizen Berkenaan Anaknya

Aaisyah Dhia Rana, anak bongsu daripada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin menjadi persoalan pengguna media sosial yang mempertikaikan pendidikan anak bongsunya itu.

Rozita atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta tampil menjawab soalan berkenaan anaknya itu di Instagram milik beliau.

Menerusi satu hantaran video di Instagram Che Ta. Difahamkan bawah, Aaisyah dihantar ke sekolah swasta dan kini sedang bercuti musim panas.

“Ada yang tanya anak kami tak sekolah ka?? Adoiii hampaaa punnnnn, anak kami tengah summer break, bulan lapan nanti dia dah start school balik hampaaaaa…dia sekolah international school, depa kalo bagi cuti lama…walaupun malaysia haqi haqi summer 😂😂😂

“Jadi bila ada free si kecik ni akan ikut kami, kalo kami busy shuting dan pak dia takda shuting atau qeja, dia jaga atau Aaisyah kan ada 2 orang abang..abang abang dia kadang kadang jaga”.

Tambahnya lagi, walaupun cuti persekolahan akan ada tenaga pendidik yang datang ke rumahnya untuk mengajar al-Quran.

“Jangan gatai kata anak kami tak p sekolahhh naaaaa, dia cutiiiiiiii..siap ada cikgu ngaji yang datang rumah, mengaji pun bersiap tauuuu diaaaaaaa..si uncle @anaszahrin pulakkk suka hadiahkan si Aaisyah ni makeup sekoyannnn..lagi dia sukaaaa

“Mokci @kasihcicie rajin melayannn pulak, itulah inilahh

“Kalo tak makeup,dia dok top up inai..takpalah, janji dia happy kami pun happy dan senang hati hampaaaaa 😍”. tulisnya.

Terlebih dahulu, Che Ta berkongsi siri penggambarannya bersama Aaisyah yang lengkap berpakaian ala tradisional India untuk tujuan promosi inai yang dijualnya.

Namun pun begitu ada di antara pengikut Che Ta di ruangan komen memberi kata kata positif tentang anaknya walaupun sekolah international tapi tetap cakap Bahasa Melayu dan berloghat Kedah. Ada juga yang memuji kecantikan serta kepandaian Aaisyah.

Antara komen netizen:

” Baguih Aisyah sekolah international tp tetap cakap melayu loghat kedah”.

” Anak dia sekolah international pun cakap loghat kedah cam mak dia jugak”.


” Kena tunjuk ecah gi sekolah dan ngaji Quran pulak lah gamaknya”.
” Dah lah comel bijak pula”.

Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)