Cek Handphone Suami Tanpa Kebenaran Boleh Dipenjara Setahun dan Denda RM500,000

Anda selalu buka handphone pasangan secara senyap-senyap tanpa kebenaran pasangan?

Kalau yaa, anda perlu tahu bahawasanya anda boleh berdepan undang-undang yang disenaraikan di bawah akta jenayah siber.

Anda boleh dikenakan penjara sehingga setahun dan denda sehingga RM500,000 untuk kesalahan ini.

Tetapi jangan bimbang, undang-undang ini hanya dilaksanakan di Arab Saudi di mana ianya kesalahan di bawah akta jenayah siber, lapor Arab News.

Menurut akta ini, walaupun mempunyai hubungan suami isteri, individu yang didapati memeriksa telefon bimbit pasangan mereka tanpa kebenaran, boleh dikenakan hukuman penjara setahun, denda 500,000 Riyal (RM558,429) atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Penalti itu dikenakan terhadap suami atau isteri yang mengakses telefon bimbit pasangan tanpa kebenaran pemiliknya, menurut satu sumber perundangan.

Walaubagaimanapun, jika pelaku hanya memeriksa telefon itu tanpa mengambil gambar atau maklumat di dalam telefon bimbit itu, hukuman akan dikurangkan bergantung kepada rayuan.

Seorang peguam dan penasihat undang-undang, Abdul Aziz bin Batel, memberithau sebarang jenayah yang melibatkan penggunaan komputer, telefon bimbit dan kamera dikategorikan sebagai jenayah siber dan akan dikenakan tindakan undang-undang.

Jadi jika anda dan keluarga berkunjung ke negara tersebut, pastikan jangan pandai-pandai nak curi-curi periksa telefon pasangan.

Tak pasal-pasal ke dalam nanti. Tunggu lah sampai balik Malaysia baru boleh cek ya!