Solat Di Atas Bumbung Dengan Terik Mentari, Wanita Bukan Islam Ini Berkongsi Cerita

Bagi umat Islam, solat merupakan tiang agama. Melakukan solat lima waktu diwajibkan keatas semua umat Islam.

Ini jelas menunjukkan solat amatlah dituntut bagi setiap umat Islam dalam apa jua keadaan sekalipun. Namun begitu, ada beberapa kelonggaran yang dibenarkan bergantung kepada keadaan tertentu.

Selain itu, solat juga boleh dilakukan dimana-mana tempat yang sesuai asalkan tempat itu bersih dan terhindar dari najis.

Satu perkongsian dilaman sosial Facebook telah tular apabila seorang warga singapura telah berkongsi satu gambar seorang lelaki sedang solat.

Lelaki tersebut sedang solat diatas sebuah bumbung di panas terik matahari dan masih menyarung pakaian kerjanya.

Walaupun dalam keadaan yang tidak berbumbung, lelaki ini dipuji apabila masih melakukan ibadah solat walaupun berada dalam keadaan seperti itu.

Menerusi perkongsian dari Phoebe Oliveia itu telah mendapat ribuan tanda suka dan beliau berkongsi gambar itu menerusi satu laman Facebook Complaint Singapore.

Phoebe Olivia dalam postingnya turut menyeru agar kita semua berasa bersyukur diatas nikmat yang diberi.

“I find this very touching I saw this worker in a hot day like this he still make some time to pray”.

“Don’t forget to be thankful every second in our lives. Just sending love and blessing to all of you”.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen yang positif diruangan perkongsian wanita tersebut. Ramai netizen sebak dan tersentuh hati dengan kesungguhan lelaki tersebut menjalankan kewajipannya.