Gengster New Zealand Bantu Jaga Keselamatan Umat Islam Solat Jumaat

Hikmah insiden minggu lepas di Christchurh, bukan sahaja pihak polis menjaga keselamatan jemaah ketika solat Jumaat malahan kumpulan gengster bermotorsikal juga turut serta sama menjaga keselamatan jemaah.

Mungkin ini pengalaman pertama mereka melihat bagaimana umat Islam solat dan barangkali menjadi asbab mereka terbuka mengenali Islam dan dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala.

Manakala sahabat kita, Ustaz Shazly Kham dijemput memberikan khutbah sebuah bandar kecil yang terletak di utara Hamilton yang bernama Te Aroha.

Datuk Bandar Te Aroha turut hadir dan menurutnya, 80% yang hadir adalah Belum Muslim sehingga ada yang berdiri di luar masjid mendengar khutbah! MashaAllah. Malahan ramai menitiskan airmata apabila imam menitiskan air mata.

Sebilangan besar pemuda suku Maori dan Polinesia yang menganggotai kumpulan gangster yang cukup digeruni di New Zealand tampil menyatakan sokongan mereka terhadap penduduk Muslim di Christchurch New Zealand.

Baca: Bukan Islam Pakai Tudung Di New Zealand, tanda Sokongan Pada Muslim

Seorang pemimpin gangster tersebut, yang tidak mahu dikenali berkata mereka akan menentang perkauman dan berdiri dengan umat Islam di New Zealand selepas serangan pada hari Jumaat, yang menyebabkan 50 kematian.

“Tidak ada kata-kata yang dapat menjelaskan kesedihan kami semua” katanya kepada wartawan di luar masjid Linwood.

“Walaupun orang memanggil kami ‘gangster’ dan macam-macam lagi, kita hidup dalam komuniti ini bersama-sama dan ianya akan membawa semua orang bersama lagi, tidak kira apa yang kamu pakai atau apa warna kulit kamu, atau apa yang kamu anggap, agama kamu, ianya akan membawa semua orang bersama-sama.

“Hari ini sedih dan besok juga akan sedih. Ini adalah satu-satunya masa yang kita semua boleh bersama-sama secara beramai-ramai,” katanya.

“Kami hanya mahu memindahkan mana (kehormatan/rasa hormat) kepada orang yang menderita, untuk menguatkan mereka, memberi mereka semangat supaya mereka dapat bertahan dan melaluinya.

Semoga sinar Islam terus dan semakin bersinar di New Zealand.