“Duduk stadium 3 hari ke?” Bawa Tin Susu Anak Tengok Bola, Wanita Ini Jadi Perhatian

Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala FA buat kali kedua selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Kemenangan JDT itu turut menyaksikan hasrat TFC untuk menamatkan penantian 11 tahun tidak kesampaian selepas kali terakhir skuad Penyu menjuarai Piala FA pada 2011.

Dalam pada itu, tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang penyokong wanita yang menggendong anak kecilnya sedang dilakukan pemeriksaan keselamatan sebelum masuk ke dalam stadium.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @azamtheributs_, orang ramai tertarik setelah melihat barang yang dibawa di dalam beg kerana terdapat beberapa helai baju salinan untuk anaknya dan juga satu tin besar susu formula!

Walau bagaimanapun, petugas di stadium berkenaan dilihat tidak membenarkan tin susu tersebut dibawa ke dalam stadium. Kata sesetengah netizen, ianya kerana bimbang akan dibaling kepada pemain.

Selain itu, orang ramai juga meminta agar kejadian sedemikian tidak diulangi lagi oleh mana-mana penyokong lain kerana keadaan yang sesak dalam stadium dilihatkan kurang bersesuaian untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen yang melihat situasi tersebut berasa kasihan kepada anak kecil yang dibawa penyokong pasukan Terengganu tersebut. Dalam pada itu, mereka turut mengatakan inilah punca orang ramai masuk ke stadium lambat.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“sian budok xbersalah”

“Pnt nk cek sorang2”


“maybe dye takut tin tu dibaling ii nnt try pack dlm plastik buleh dok”

“Kasihan budak tu”

“Duk stadium tu 3 hari ke? ”

Video yang tular di laman TikTok

@azamtheributs_ #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral ♬ Janji ga papale – ‘